option market | pasaran opsyen | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pasaran yang memberi hak kepada pelabur untuk membeli atau menjual sesuatu komoditi atau sekuriti pada satu tempoh akan datang tetapi dengan harga yang telah ditetapkan pada masa ini. Hak untuk membeli dan menjual masing-masing dikenali sebagai opsyen beli dan opsyen jual. Dalam urus niaga ini, pembeli dikehendaki membayar sebahagian daripada harga belian semasa kontrak ditandatangani. Urus niaga ini tidak sah dari segi syarak kerana tidak memenuhi syarat akad bai‘ salam atau bai‘ istisna’. |
fixed rate mechanism | mekanisme kadar tetap | Ekonomi | Ekonomi Islam | Kaedah penentuan kadar untung yang kekal sepanjang tempoh pembiayaan. Kadar untung ditetapkan pada masa akad pembiayaan dimeterai dan bergantung kepada jenis akad yang digunakan seperti akad bai‘ bithaman ajil, murabahah, ijarah dan istisna’. Mekanisme ini memberi lebih manfaat kepada pelanggan melalui dua cara. Pertama, pelanggan boleh mengenal pasti kos dan risiko yang terpaksa ditanggung sepanjang tempoh pembiayaan. Kedua, pelanggan dapat mengelakkan kenaikan kos yang ditanggung apabila berlaku kenaikan kadar untung pembiayaan semasa di pasaran. Contoh sukuk yang boleh menggunakan mekanisme kadar tetap ialah sukuk salam, sukuk istisna‘ dan sukuk bai‘ bithaman ajil. |