moon illusion | ilusi bulan | Psikologi | Psikologi Umum | Ilusi yang membuatkan individu melihat bulan yang berada di ufuk lebih besar daripada di tengah langit. Ketika bulan berada di tengah langit. Contohnya, dua biji belon yang sama saiznya diletakkan pada jarak berbeza. Belon yang jauh terpaksa dibesarkan sehingga imejnya sama saiz dengan belon yang dekat. Individu menyedari bahawa kedua-duanya sama saiz apabila berdekatan. Hal ini bermakna tanda saran kedalaman telah membuatkan saiz bulan yang sama kelihatan berbeza keranaufuk, objek-objek seperti bangunan, pokok, gunung-ganang yang jelas pada kedudukan dekat dan berbalam-balam pada kedudukan jauh akan menjadikan bulan lebih jauh daripada ketika berada di tengah langit. Oleh itu, bulan yang sama saiz tanpa mengira jaraknya, akan dipersepsikan lebih besar semasa di ufuk daripada di bulan di ufuk seharusnya dilihat sama saiznya. Oleh sebab itu, bulan seharusnya kelihatan lebih kecil. |
capture | tawan; tangkapan | Kejuruteraan | Tiada | Proses yang membuatkan atom atau sistem nukleus bertambah zarah komponennya. |
psychodrama | psikodrama | Psikologi | Psikologi Umum | Terapi yang membuatkan klien melahirkan konflik dan perasaan dalamannya terhadap orang lain yang bertindak sebagai pelakon tambahan. Contohnya, individu yang bermasalah boleh bertindak atau melahirkan kemarahannya kepada ahli terapi yang berperanan sebagai bapa, sementara orang lain boleh memainkan peranan sebagai adik, abang, kakak, ibu serta orang lain dalam keluarganya. |
closing a circuit | menutup litar | Teknik | Elektrik | Membuatkan sesuatu litar itu berada dalam keadaan hidup. Lihat juga litar tertutup. |
deionization potential | keupayaan nyahion | Kejuruteraan | Tiada | Keupayaan yang membuatkan pengionan gas terhenti. |
addictive | menagihkan | Perubatan | Tiada | Berkaitan dengan bahan yang boleh membuatkan individu bergantung padanya |
firestorm | ribut kebakaran | Kejuruteraan | Tiada | Kebakaran besar setempat yang membuatkan angin dari semua arah bergerak pantas menuju ke tempat kebakaran tersebut. |
computer animation | animasi komputer | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses yang membuatkan objek tampak seperti bergerak dengan memaparkan satu siri gambar secara pantas yang setiap satunya mempunyai kedudukan yang berbeza. |
linear perspective | perpsektif linear | Psikologi | Psikologi Umum | Perspektif yang membuatkan individu melihat kedalaman pada gambar atau permukaan dua dimensi dan mengagak kedalamannya dengan sebelah mata. Tanda saran ini berasaskan kepada kenyataan bahawa dua garisan yang selari akan bertemu di hujungnya. Contohnya, individu yang berdiri di antara dua garisan lurus dan selari seperti landasan keretapi akan melihatnya sebagai dua garisan yang bertemu di penghujungnya dan dengan itu mempersepsikannya sebagai jauh. |
delusional perception | persepsi berdelusi | Psikologi | Psikologi Umum | Proses yang membuatkan otak menyusun dan menginterpretasikan sensasi persekitaran tetapi maklumat dan interpretasi itu mungkin berbaur dengan pendapat atau kepercayaan palsu atau tidak berasas. Contohnya, pokok pisang yang dilihat pada waktu malam, diinterpretasikan sebagai satu lembaga yang menakutkan. |