egoism | egoisme | Kesusasteraan | Tiada | Sikap mementingkan diri sendiri atau berasakan diri sendiri lebih penting daripada orang lain. Egoisme membenarkan individu itu berasa megah, dan menganggap dirinya sebagai asing daripada individu yang lain Dalam sastera, watak egoisme ialah watak yang mementingkan diri sendiri, memandang rendah pada pendapat orang lain, sering menampilkan dirinya kepada umum, suka menarik perhatian orang, dan bermegah dengan pandangan sendiri. Banding ego. |
pragmatic | pragmatik | Kesusasteraan | Tiada | Disiplin pengajian bahasa dan cabang liguistik yang mementingkan penggunaan bahasa dan dalam sesuatu konteks. Disiplin ini cuba mengetengahkan variasi sistematik dalam pemilihan dan pembentukan item liguistik yang didapati daripada ruang sosial. Disiplin ini mula diperkenalkan pada tahun 1930-1940-an apabila ahli falsafah linguistik, Morris dan Peirce mula membicarakan hubung kait petanda dengan pengguna dan penginterpretasi (pentafsir). Sejak tahun 1970-an, pengajian pragmatik mula mengalami pelbagai variasi, khasnya dengan pertumbuhan sosiolinguistik, analisis wacana dan gramatis yang berfungsi. Pengajian teori oleh Searle dan Austin amat penting dalam pertumbuhan disiplin ini. Perbezaan ketara antara pragmatik dengan semantik adalah pragmatik mementingkan penyebutan dan keadaannya lebih mementingkan ayat atau penyampaian. Contohnya, ayat �can you drive a car?� boleh membawa pelbagai maksud mengikut konteks. Pragmatik mementingkan fungsi, niat dan kesan sesuatu ayat, dan akhirnya tahap kepakaran linguis |
puritanism | puritanisme | Kesusasteraan | Tiada | Fahaman yang mementingkan tatasusila dan agama. |
pedant | pemandai | Sejarah | Tiada | Seseorang yang sangat mementingkan pengetahuan dan peraturan. |
genteelisme | kesantunan | Kesusasteraan | Tiada | Sifat bahasa yang halus, berhias, dan terpelihara dalam karya sastera. Di Barat, tradisi kesantunan merujuk kepada sikap mementingkan konvensi dan tatacara yang betul dalam penulisan, yang menjadi lumrah pada kurun ke-18 hingga 19. Kini, kesantunan digunakan untuk menyindir norma kehalusan yang palsu. Dalam budaya Melayu, contoh penulisan kesantunan ditemui dalam warkah emas, iaitu surat yang ditulis kepada atau daripada keluarga bangsawan. Kesantunan boleh juga dirujuk sebagai budaya kebangsawanan yang sering dipaparkan dalam karya istana yang mementingkan kehalusan dan ketertiban dalam tatalaku dan tatacara. Istilah genteelisme dalam bahasa Latin bermaksud �asuhan sempurna�, manakala dalam bahasa Perancis bermaksud �anggun�. Contoh gambaran untuk memerikan tertib bersantap ditemui dalam Hikayat Malim Dewa seperti yang berikut: �... sekali suap, dua kali sudah, ketiga basuh tangan, keempat kumur-kumur, kelima santap sirih, kelat jatuh ke kerongkongan, seri naik ke peroman.� |
bureaucratic | sifat birokrasi; birokratik | Sejarah | Tiada | Perlakuan yang mementingkan peraturan rasmi atau peraturan yang sedia ada. |
streamline form | bentuk aliran | Kesenian | Tiada | Bentuk yang mementingkan ciri-ciri aliran bentuk yang lancar, iaitu licin, tidak mempunyai penjuru yang tajam dan sebagainya. |
speculation | spekulasi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Strategi pelaburan yang mementingkan kenaikan harga daripada pendapatan dalam jangka masa pendek di samping sanggup menanggung risiko yang tinggi. |
hydrogeology | hidrogeologi | Hidrogeologi | Tiada | Sains air tanah yang mementingkan hubungan dengan persekitaran geologi dan aspek-aspek air permukaan yang berkaitan. Sains ini dibezakan dari geohidrologi. Ruj.: Mead 1919 Sin.: geologi air tanah |
ecrivant | ecrivant | Kesusasteraan | Tiada | Kategori penulis sastera yang mementingkan mesej dan teknik penyampaian yang saling berkaitan. Idea ini dikemukakan oleh Roland Barthers. Banding ecrivain. |