istifa' haqq | memenuhi hak | Perniagaan Islam | Tiada | Tindakan memenuhi dan menikmati hak yang sepatutnya diperoleh bagi tujuan sesuatu akad. Hak yang dimaksudkan ialah kekuasaan menikmati faedah atau manfaat yang dibenarkan oleh syarak untuk dinikmati serta menepati kehendak sesuatu akad. Tindakan memenuhi hak biasanya wujud di pihak yang menerima tawaran. Contohnya, dalam akad sewaan barang, penyewa sewajarnya dapat menikmati haknya sebagai penyewa sebelum pembayaran sewa dilakukan. Penikmatan faedah barang sewaan merupakan syarat utama bagi pembayaran sewa. Sekiranya faedah barang sewaan tidak dapat dinikmati, sewa tidak perlu dibayar. |
gummosis | gumosis | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Permusnahan sel, sama ada separa atau sepenuhnya, yang diikuti dengan pembentukan gam yang memenuhi rongga, dan kadangkala memenuhi lumen sel yang berhampiran. |
morainal lake | tasik morain | Geologi | Tiada | 1. Tasik yang memperoleh airnya dari peleburan ais glasier.,2. Tasik yang memenuhi lembangan yang terbentuk oleh pemendapan glasier.,3. Tasik yang memenuhi lembangan yang terbentuk di batuan dasar oleh hakisan glasier.,4. Tasik yang memenuhi lembangan yang terbentuk oleh runtuhan bahan basuhan keluar yang mengelilingi jisim ais bergenang. |
sustainable development | pembangunan mapan | Sosiologi | Tiada | 2. Pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi masa depan untuk memenuhi keperluan mereka. |
acceptance testing | ujian penerimaan | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses menilai atau menentukan sama ada sesuatu perisian yang dibangunkan memenuhi keperluan pengguna atau perkakasan yang diperoleh memenuhi spesifikasi seperti dalam kontrak pembelian. Pengujian penerimaan akan dijalankan oleh pengguna sendiri ataupun pihak ketiga yang berkelayakan. Setelah ujian penerimaan berjaya, perisian atau perkakasan yang telah diserahkan boleh ditauliahkan. |
sustainable development | pembangunan mampan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Usaha pembangunan menyeluruh dan bersepadu yang dilakukan untuk memenuhi keperluan kehidupan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa depan. Pembangunan mampan mencakupi pembangunan fizikal, kestabilan politik, kesejahteraan sosial, kualiti alam sekitar dan kekukuhan ekonomi dalam konteks untuk meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan rakyat. Dalam erti kata lain, pembangunan mampan menjamin perkembangan positif dalam semua aspek kehidupan. |
glacial lake | tasik glasier | Geologi | Tiada | 1. Tasik yang memperoleh airnya dari peleburan ais glasier. 2. Tasik yang memenuhi lembangan yang terbentuk melalui pengendapan glasier. 3. Tasik yang memenuhi lembangan yang terbentuk di batuan dasar melalui hakisan glasier. |
deficiency needs | keperluan kurangan | Psikologi | Psikologi Umum | Sesuatu keadaan yang mendorong individu untuk bertindak bagi memenuhi satu keperluan sahaja dan biasanya tidak akan melebihi kekurangan tersebut. Contohnya, keperluan terhadap makanan akan menyebabkan individu bertindak untuk mendapatkan dan memenuhi keperluan itu sahaja. |
vertical half page | separuh halaman menegak | Komunikasi | Korporat | Ruang iklan menegak yang memenuhi separuh halaman sesuatu penerbitan bercetak. Ruang iklan ini mempunyai dua faedah utama. Pertama, kos iklan yang rendah. Kedua, cara ini boleh menarik perhatian khalayak untuk membaca bahan bertulis di sebelahnya yang secara tidak langsung akan terdedah kepada iklan berkenaan. Iklan yang memenuhi ruang ini kerap disesuaikan dengan tema rencana pada halaman tersebut dan jenis khalayak yang disasarkan. Selain boleh menjimatkan kos, iklan ini boleh meningkatkan keberkesanan penyampaian mesej. Walau bagaimana pun, kos ruang iklan ini bergantung pada jenis dan kedudukan halaman dalam sesuatu penerbitan. Lebih kerap halaman terdedah kepada pembaca maka lebih tinggi nilai kos iklan di halaman menegak tersebut.. |
comply (with) | memenuhi syarat | Perubatan | Tiada | Tiada |