Ca:P ratio | nisbah Ca:P | Veterinar | Tiada | Nisbah yang sesuai dalam pemberian kalsium dan fosforus pada ternakan untuk mengelakkan kekurangan atau berlebihan salah satu unsur ini yang boleh menyebabkan gangguan metabolisme. Pada umumnya ternakan memerlukan nisbah Ca:P 1:1 hingga 2:1. Walau bagaimanapun, bagi unggas penelur nisbahnya ialah 3-4:1. Jika kalsium terlalu rendah boleh menyebabkan penyakit rikets pada ternakan muda. Pada ruminan, fosforus yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit urinari kalkuli. |
labial reduction | pengurangan labial | Pergigian | Tiada | Teknik memangkas permukaan labial gigi anterior untuk penyediaan restorasi ekstrakorona. Pengurangan bahagian ini dilakukan dengan menggunakan bur intan silinder. Pengurangan ini biasanya dilakukan sebanyak 1.0-1.5 mm bergantung kepada restorasi yang akan dibuat. Penyediaan korona jaket porselin memerlukan pengurangan sebanyak 1.0 mm manakala korona terikat porselin sebanyak 1.5 mm. |
pause | jeda | Kesenian | Tiada | 1. Persembahan yang memerlukan pemberhentian sementara sebelum meneruskan persembahan. |
compound subject | subjek majmuk | Perpustakaan | Tiada | 1. Tajuk perkara yang memerlukan lebih daripada satu perkataan bagi menjelaskan maknanya yang mungkin merupakan frasa, atau gabungannya, atau perkataan-perkataan yang terpisah oleh tanda baca, dalam pengkatalogan.,2. Subjek yang menggambarkan lebih daripada satu faset atau kategori dalam satu kelas biasa, dalam pengelasan. |
experiential learning | pembelajaran berasaskan pengalaman | Pendidikan | Tiada | 1. Pembelajaran yang memerlukan penglibatan secara peribadi, berinisiatif, penilaian kendiri dan memberi kesan yang berterusan kepada pelajar. 2. Pengetahuan yang diperoleh daripada pengalaman kerja dan kehidupan. |
napier grass | rumput gajah | Veterinar | Tiada | Rumput yang ditanam dengan menggunakan keratan batang yang telah tua. Rumput ini mempunyai ciri-ciri pertumbuhan cergas, memerlukan baja yang banyak terutamanya nitrogen, hasil bahan keringnya tinggi tetapi berkurangan pada musim kemarau. Rumput ini merupakan rumput tahunan yang tegap, menyerupai tebu dan boleh tumbuh setinggi 2-5 meter. Namun, terdapat juga rumput jenis renek yang tingginya 1-1.5 meter. Rumput ini mempunyai umbisi yang mudah membiak dan mengeluarkan anak. Daunnya pula agak lebar, nipis dan mempunyai tulang daun yang tegap. Rumput ini memerlukan tanah yang subur untuk pertumbuhan yang baik. Tanah peroi paling sesuai untuk tanaman rumput gajah. Ternakan lebih gemar rumput gajah yang muda kerana batangnya lebih lembut. Rumput gajah dipotong pada setiap 4-6 minggu dan hasil bahan keringnya ialah 20-30 tan/hektar setahun. Manakala, kandungan protein kasarnya pula sebanyak 10%. Nama saintifik: Pennisetum purpureum. |
instant food; fast food | makanan segera | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | 1. Makanan berproses yang memerlukan penyediaan minimum dan masa penyediaan yang singkat sebelum dimakan. Contohnya, susu segera, pau sejuk beku, dan mi segera. 2. Makanan yang disediakan dengan cepat oleh restoran makanan segera. Contohnya, burger, ayam goreng, dan pizza. |
lost hole | lubang hilang | Kejuruteraan | Petroleum | 1. Lubang telaga yang tidak boleh digerudi lebih lanjut atau memerlukan perbelanjaan yang lebih besar untuk digerudi lagi. Di antara penyebabnya ialah terjadinya semburan keluar, tidak berjayanya operasi pemancingan peralatan yang tertinggal di dalam lubang dan lain-lain. 2. Telaga yang tidak boleh berpengeluaran lagi atau telaga yang memerlukan perbelanjaan perbaikan yang tinggi untuk melanjutkan pengeluarannya. |
tie breaker in track events | seri acara balapan | Sukan | Tiada | Perihal menentukan kemenangan bagi tempat pertama jika berlakunya seri di antara dua 2. orang atlet yang memerlukan gambar foto penamat atau catatan masa yang dibaca dalam kiraan 1/100 atau 1/1000 saat. |
gluconeogenesis | glukoneogenesis | Bioteknologi | Tiada | Mekanisme biosintesis glukosa daripada bahan bukan karbohidrat. Mekanisme ini bermula dengan sintesis fosfoenolpiruvat (PEP) daripada piruvat oleh PEP sintase dalam satu tindak balas yang memerlukan ATP, fruktosa 1,6-difosfat terbentuk atau dihidrolisis menjadi fruktosa 6-fosfat (F6P) oleh fruktosa difosfatase. Kemudian, F6P ditukar menjadi glukosa 6-fosfat oleh glukosa fosfat isomerase. |