Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mé.ta.bo.lis.me.kan] | مميتابوليسماکن

Definisi : memproses makanan dsb secara metabolisme: jika ubat itu diberi-kan dlm dos yg tinggi, hati mungkin tidak mempunyai enzim yg cukup utk ~nya; ke-upayaan tubuh utk ~ makanan dan meng-hasilkan tenaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mé.ta.bo.lis.me.kan] | مميتابوليسماکن

Definisi : memproses makanan dsb secara metabolisme: keupayaan tubuh utk ~ makanan dan menghasilkan tenaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memetabolismekan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
half-lifeseparuh hayatFarmasiFarmaseutikMasa yang diperlukan oleh tubuh, tisu atau organ untuk memetabolismekan, mengumuhkan atau menyahaktif separuh bahan yang masuk ke dalam tubuh.

tyrosinetirosinaPerubatanTiadaSalah satu asid amino perlu yang terdapat pada protein. Asid ini merupakan pelopor bagi hormon tiroksina, adrenalina dan pigmen melanin. Kekurangan enzim yang memetabolismekan asid amino ini mengakibakan fenilketonuria, dan juga kekurangan pembentukan pigmen melanin.
pharmacogeneticsfarmakogenetikFarmasiBioteknologi FarmasiBidang ilmu farmakologi yang mengkaji tentang pengaruh sesuatu gen terhadap tindak balas individu kepada drug. Antara fokus farmakogenetik ialah kajian terhadap polimorfisme nukleotida tunggal pada gen yang mengekodkan enzim yang memetabolismekan drug. Variasi gen menyebabkan konformasi enzim berlainan, seterusnya mempengaruhi metabolisme. Lihat juga polimorfisme nukleotida tunggal (SNP).
EMB agaragar-agar EMBBiologiGenetikMedium pertumbuhan yang kompleks untuk pengecaman koloni bakteria muatan tertentu. Medium ini mengandungi eosin dan metilena biru iaitu dua pewarna sensitif pH, serta gula seperti laktosa. Misalnya, dalam pengecaman koloni bakteria lac+, bakteria lac+ akan memetabolismekan laktosa secara oksidatif dan mengeluarkan ion hidrogen ke dalam agar-agar dan ini akan merendahkan pH, dan menyebabkan pewarna agar-agar bertukar menjadi warna ungu tua. Bagi koloni bakteria lac- pula, bakteria ini menggunakan asid amino sebagai sumber tenaga untuk mengeluarkan NH3, yang akan meningkatkan pH yang akan menyahwarna pewarna untuk menghasilkan koloni berwarna putih.
anaerobeanaerobFarmasiBioteknologi FarmasiOrganisma yang tidak memerlukan oksigen untuk hidup dan bernafas. Terdapat dua jenis anaerob, iaitu anaerob obligat dan anaerob fakultatif. Anaerob obligat akan mati jika terdapat oksigen di sekitarnya, manakala anaerob fakultatif pula dapat menerima kehadiran oksigen. Anaerob memetabolismekan makanan tanpa kehadiran oksigen, biasanya melalui kaedah penapaian. Contoh anaerob ialah organisma yang tinggal di dalam tanah dan bakteria rumen. Banding aerob.

Kembali ke atas