eye catching technique | teknik memikat perhatian | Komunikasi | Tiada | Teknik komunikasi secara visual untuk memikat perhatian khalayak dengan cara memberi penonjolan kepada mesej atau media tertentu. |
school holding power | kuasa memikat sekolah | Pendidikan | Tiada | Tiada |
ciri pseudepisematik | pseudepisematic character | Biologi | Ekologi | Ciri yang membolehkan seseekor haiwan memikat musuh dan memusnahkannya. Misalnya cahaya pada sesetengah ikan boleh menarik perhatian krustasea kecil dan moluska yang menjadi makanan ikan tersebut. |
news format | format berita | Komunikasi | Tiada | Susunan atau aturan berita yang diolah supaya dapat memikat khalayak sasaran. Umumnya, format berita boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu piramid terbalik dan piramid menegak. |
advertisement call | panggilan pikat | BIOLOGI | Tiada | Bunyi seperti bunyi cengkerik yang dikeluarkan oleh katak jantan dewasa untuk memikat katak betina. |
ballad | balada | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi yang dilagukan atau dibacakan dan dapat dikenali melalui persembahan episodnya yang dramatik, memikat hati dalam bentuk kisah yang mudah. |
reproductive colour | warna pembiakan | Biologi | Ekologi | Warna yang kelihatan pada bulu burung jantan semasa musim pembiakan, yang bertujuan untuk memikat burung betina. Bulu burung betina pula kurang berwana-warni untuk tujuan perlindungan apabila berada di dalam sarang. |
communication skill | kemahiran komunikasi | Komunikasi | Tiada | Kemahiran menyampaikan mesej dengan menggunakan unsur-unsur komunikasi secara lisan atau tulisan sehingga dapat memikat perhatian pihak lain. |
parable play | lakon teladan | Kesenian | Drama dan Teater | Drama alegori yang menggunakan kisah lain supaya penonton membandingkannya dengan kisah sebenar. Drama ini diolah atas kekuatan memikat penonton dan menarik simpati. Lakon teladan yang berkesan biasanya dipersembahkan dalam bentuk drama sebabak. |
syndrome | sindrom | Biologi | Ekologi | Sifat morfologi bunga sebagai daya penarik untuk menarik perhatian agen pendebunga, khususnya haiwan. Misalnya, warna yang terang dan bauan yang harum untuk menarik lebah, atau pengeluaran nektar untuk memikat burung. |