Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mi.li.ki]/[memi.li/.ki] | مميليقي

Definisi : 1. mempunyai: rakyat berhak ~ harta; 2. mengambil atau menjadikan sesuatu hak milik: tidak dibenarkan ~ hak orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mi.li.ki]/[memi.li/.ki] | مميليقي

Definisi : 1 mempunyai: Ia ~ sebuah kereta Proton Saga. 2 mengambil sesuatu dan dijadikan milik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
milik (kata nama)
Bersinonim dengan kepunyaan, hak;,
Kata Terbitan : memiliki, pemilik,

Peribahasa

Seperti batang mengkudu,
     dulu buah daripada bunga.

Bermaksud :

Menyangka telah dapat memiliki sesuatu yang belum pasti.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
therapeutic indexindeks terapeutikFarmasiFarmakologiUkuran tahap keselamatan sesuatu drug yang digunakan. Sesuatu drug yang memiliki indeks terapeutik yang lebih tinggi bersifat lebih selamat digunakan berbanding drug yang memiliki indeks terapeutik yang rendah. Formula pengiraan indeks terapeutik adalah seperti yang berikut: LDsoiEDso, dengan, LD = dosmaut ED = dos berkesan
multinational corporationsyarikat multinasionalUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBadan perniagaan yang memiliki atau mengawal pengeluaran barangan atau perkhidmatan di sebuah atau lebih negara selain negara kerakyatannya. Sebuah syarikat multinasional mempunyai hanya satu kerakyatan, umumnya dari negara ia ditubuhkan. Syarikat multinasional tidak memiliki personaliti perundangan antarabangsa. Oleh sebab itu, syarikat ini tidak mempunyai kapasiti untuk menjadi pihak kepada triti antarabangsa dan tidak mempunyai hak untuk membuat tuntutan antarabangsa. Sekiranya harta sesebuah syarikat multinasional dirampas atau dirosakkan di negara selain negara kerakyatannya, negara kerakyatan boleh membuat tuntutan antarabangsa ke atas negara bersalah, dengan syarat syarikat berkenaan telah membuat tuntutan berhubung semua remedi tempatan di negara bersalah sehingga tuntas. Walaupun syarikat multinasional tidak mempunyai kapasiti untuk menjadi pihak kepada triti antarabangsa, ia boleh membuat kontrak antarabangsa dengan negara. Kontrak sebegini boleh memperuntukkan bahawa sebarang perte
vacuolevakuolBiologiHistologi dan SitologiRuang di dalam sitoplasma sel yang berisi udara, air, cecair, sap, makanan yang hadam atau lain. Sel tumbuh-tumbuhan memiliki hanya satu vakuol, tetapi sel haiwan mungkin memiliki lebih daripada satu vakuol.
amitosisamitosisBiologiHistologi dan SitologiProses pembahagian nukleus melalui proses pembelahan dan bukan melalui proses biasa mitosis, iaitu tahap pembentukan kromosom bebenang tidak berlaku dan nukleus tidak memiliki set kromosom yang serupa, tetapi tidak diketahui sama ada memiliki bilangan kromosom diploid atau tidak. Proses ini hanya berlaku pada kalangan endosperma dan makronukleus siliat. holoskisis; pembelahan nukleus langsung; pemecahan.
script kiddiebudak skripTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerIndividu yang mengumpul dan menggunakan perisian atau fail skrip yang telah dibina dan diedarkan oleh individu lain untuk mencapai atau melakukan kerosakan ke atas sistem komputer dan asetnya. Individu ini memiliki perwatakan penggodam amatur tetapi tidak memiliki kemahiran pengaturcaraan atau kepakaran teknikal seorang penggodam sebenar dan sering kali memiliki watak pengguna hasad.
protected zonezon terkawalPerikananTiadaKawasan atau bentuk muka bumi di kawasan air pasang surut yang memiliki sumber flora dan fauna, ciri sejarah dan budaya yang telah diperuntukkan oleh undang-undang atau apa-apa cara yang berkesan untuk melindungi sebahagian atau keseluruhan alam sekitar tersebut. Aktiviti seperti mengambil, mengalih atau memiliki mana-mana karang dari taman laut yang merupakan zon terkawal adalah menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang.
governmental bodybadan kerajaanPentadbiranTiadaBadan pemerintahan atau komponen kerajaan yang memiliki autoriti dalam bidang tugas yang telah diperuntukkan kepadanya. Badan ini telah diberikan autoriti untuk melaksanakan dasar yang telah ditetapkan di samping menguatkuasakan arahan dan undang-undang yang telah diturunkan oleh pihak pemerintahan yang lebih tinggi. Bidang kuasa badan ini mencakupi semua aspek pentadbiran yang melibatkan keseluruhan urus tadbir yang berkaitan. Tindakan badan ini sering kali dikaitkan sebagai tindakan kerajaan memandangkan ia memiliki kuasa pelaksanaan atau pemerintahan. Contohnya, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Pelajaran Daerah, Jabatan Polis, Jabatan Pertanian dan Pejabat Daerah.
carotenoidkarotenoidBiologiHistologi dan SitologiKumpulan pigmen merah atau oren yang berstruktur karoten, tetapi tidak semestinya termasuk di dalam gelang iodin-B tak boleh ganti. Kumpulan yang memiliki gelang tak boleh ganti boleh bertindak sebagai pemula vitamin A, tetapi kumpulan yang memiliki gelang boleh ganti atau tanpa gelang tidak boleh. Pigmen ini larut lemak dan tersebar luas di dalam tubuh haiwan dan tumbuh-tumbuhan termasuk karoten dan xantofil. karatinoid.
lipoidlipoidBiologiHistologi dan Sitologi1. ks. Perihal sesuatu yang menyerupai lemak. 2. kn. Bahan bak lemak yang larut di dalam pelarut lelemak tetapi tidak memiliki sebarang asid lelemak di dalam struktur molekulnya, atau yang mengandungi asid lelemak, tetapi bukan lelemak sebenar kerana tidak memiliki ester gliserol.
acquisitivenesskeinginan memilikiPendidikanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas