motivate | memotivasikan/ mendorong | Pendidikan | Tiada | Tiada |
motivate | memotivasikan/ mendorong | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
nondirective approach | pendekatan tidak berpetunjuk | Psikologi | Psikologi Umum | Pendekatan yang memotivasikan klien untuk menyedari potensinya dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa diberi petunjuk oleh kaunselor. Sebaliknya, kaunselor memberikan pengakuan positif tanpa syarat dengan menerima apa-apa yang dilahirkan oleh klien dengan sifat terbuka, mesra dan berempati. Dengan mewujudkan suasana yang menyakinkan seperti ini, klien dapat membuat keputusan yang boleh memperbaik kehidupan mereka. Pendekatan ini sering digunakan oleh kaunselor dalam terapi berpusatkan klien. |
leadership style | gaya kepemimpinan | Pengurusan | Perancangan | Gaya seseorang pengurus atau pemimpin dalam menentukan haluan, memantau pelaksanaan rancangan dan memotivasikan pekerja untuk mencapai matlamat organisasi. Gaya kepemimpinan yang berbeza ditentukan oleh faktor peribadi pemimpin tersebut, budaya organisasi dan persekitaran perniagaan. Contoh perbezaan gaya kepemimpinan yang kerap disebut ialah gaya kepemimpinan autokratik atau gaya kepemimpinan demokratik. Lihat juga pemimpin demokratik, pemimpin autokratik. |
strategic leadership | kepemimpinan strategik | Pengurusan | Perancangan | Pendekatan yang diambil oleh pihak pengurusan atasan sesebuah organisasi dalam menjayakan matlamat organisasi untuk berdaya saing. Kepemimpinan strategik menekankan kemampuan pihak pengurusan atasan untuk memotivasikan dan meyakinkan ahli organisasi dalam mendukung wawasan organisasi yang telah ditetapkan. Contohnya, pendekatan strategik pemimpin institusi pengajian tinggi yang mempunyai wawasan untuk meletakkan organisasi mereka setanding dengan universiti tersohor di dunia. Pemimpin tersebut perlu berupaya meyakinkan warga universiti keseluruhannya untuk bersama-sama merealisasikan wawasan tersebut. |
hunger | lapar | Psikologi | Psikologi Umum | Keadaan dalam homeostasis individu yang memotivasikannya untuk mengisi keperluan supaya keadaan keseimbangan fisiologi tercapai. Punca utama lapar ialah kekurangan atau merosotnya bahan utama tenaga, iaitu glukosa dalam darah. Maklumat kekurangan gula dalam darah akan terpancar ke otak terutama pada bahagian hipotalamus yang mencetuskan tingkah laku untuk mencari makanan sama ada berburu dalam kalangan haiwan atau manusia primitif. Hipotalamus sisi merupakan bahagian otak yang mencetuskan rasa lapar dan membantu memotivasikan individu untuk mencari makanan. Di samping itu, maklumat daripada organ hati dan perut juga berperanan dalam menimbulkan motivasi untuk mencari makanan melalui rasa lapar. |
dissonance theory | teori disonans | Psikologi | Psikologi Umum | Teori yang menyatakan bahawa apabila individu menyedari ketidaktekalan wujud dalam dirinya, maka kecenderungan untuk berubah adalah tinggi. Teori yang diasaskan oleh Leon Festinger (1956) ini juga merujuk kepada disonans kognitif yang akan menimbulkan keadaan yang tidak disenangi dan tegang apabila wujud pertentangan antara sikap dengan tingkah laku. Contohnya, perokok akan mengalami disonans apabila doktor mengesahkan dia menghidap kanser paru-paru. Keadaan ini akan memotivasikan individu tersebut supaya mengubah kognisinya untuk mengurangkan atau menghapuskan disonans tersebut bagi mengelakkan situasi yang tidak disenangi atau tidak dapat ditanggung. |