Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mo.tong] | مموتوڠ

Definisi : 1. memutuskan sesuatu dgn pisau (gergaji dll), memenggal, mengerat; 2. menghiris (daging, ikan dll); 3. menebang (kayu, pokok dll); 4. menyembelih (binatang dll); 5. menggunting (rambut), memangkas; 6. menggunting (pakaian dll); 7. menuai (jagung, padi dll); 8. mengudungkan (tangan dll); 9. membedah (perut dll); 10. mengurangi (gaji, pendapatan dll); 11. memintasi (jalan, per­jalanan dll); 12. menyelang (percakapan, orang dll); 13. memendekkan (kata, nama dll); 14. menoreh (getah); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mo.tong] | مموتوڠ

Definisi : memenggal, mengerat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mo.tong] | مموتوڠ

Definisi : 1 memutuskan sesuatu dgn benda tajam; mengerat; memenggal: ~ kayu; ~ daging; ~ layang memotong sesuatu tipis-tipis. 2 menyembelih: ~ ayam. 3 membuat jadi berkurang; mengurangkan; memendekkan: Pihak majikan telah ~ gajinya RM60.00 kerana dia tidak datang bekerja tanpa cuti. 4 mendahului orang lain ketika berjalan dll; memintas: Jika kamu memandu kereta, jangan sekali-kali ~ di sebelah kiri. 5 menyelangi (percakapan orang); mencelah: Tidak baik ~ percakapan orang tua-tua. 6 menoreh getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
potong
Kata Terbitan : berpotong-potong, memotong, potongan, pemotongan, pemotong,

Puisi
 

Masuk ke hutan memotong gelam,
     Hendak membuat panggang para;
Muatan sarat belayar belum,
     Baru bertiup angin utara.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Memberi lauk kepada orang membantai.

Bermaksud :

Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memberi garam kepada laut, b. Membuang garam ke laut). membantai = memotong, menyembelih.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
interceptpintasanMatematikTiada1. Titik tempat lengkung atau lokus memotong paksi-x dan paksi-y. Titik tempat lengkung memotong paksi-x dinamai pintasan-x, manakala yang memotong paksi-y dinamai pintasan-y.
casing cutterpemotong selongsongKejuruteraanPetroleumPeranti yang digunakan untuk memotong rentetan selongsong di dalam telaga dengan cara mengisar. Peranti ini diturunkan dengan paip gerudi atau talian tetiub dan bahagian pisaunya dipusingkan untuk memotong paip selongsong dari dalam. Peranti ini digunakan dengan tujuan memotong dan memperoleh semula sebahagian daripada selongsong yang terlekat di dalam telaga.
overtaking sight distancejarak penglibatan memotongKejuruteraan AutomotifTiadaJarak minimum yang diperlukan apabila pemandu hendak memotong sesuatu kenderaan dengan selamat. Sinonim: passing sight distance
nonpassing zonezon larang memotongKejuruteraan AutomotifTiadaKawasan lebuh raya atau jalan raya yang tidak membenarkan kenderaan memotong.
kemasankemasanKesenianTiada1. Proses memotong hujung bilah rotan pada anyaman.,2. Proses memotong lebihan jurai dengan gunting atau pisau pada anyaman.
interceptpintasanKejuruteraanTiada1. Bulatan yang memotong sesuatu garis.,2. Garis y = x + 2 yang memotong paksi y.
trimmingpemotongan pepatPerhutananSains Kayu dan Hasil Hutan1. Proses memotong tegak lurus bahagian hujung kayu gergaji dan balak. 2. Proses memotong venir untuk mendapatkan bahagian tepi yang rata, atau untuk membuang cacat.
hewmenarahPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanMembentuk atau memotong kayu dengan menggunakan kapak atau beliung mengikut ukuran tertentu. Menarah lebih merupakan proses membentuk daripada proses memotong.
slitterpenghirisPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanCeper logam tajam berputar yang digunakan untuk menghiris kepingan kertas kepada lebar tertentu, untuk memotong pepat bahagian tepi kepingan kertas, atau memotong gulungan kertas yang digulung semula.
loppingmemangkasPerhutananSains Kayu dan Hasil Hutan1. Memotong dan membuang dahan pokok yang masih hidup. Operasi ini sering dijalankan pada pokok-pokok kayu dalam ladang hutan untuk meghasilkan batang yang lurus dan sihat, atau pada pokok di tepi jalan untuk memudahkan penggunaan jalan. 2. Memotong dan membuang dahan atau bahagian atas pokok selepas ditebang bagi memudahkan proses mengumpul dan membersihkannya.
12345678910...

Kembali ke atas