language acquisition | pemerolehan bahasa | Sosiolinguistik | Tiada | I. Proses atau hasil daripada mempelajari bahasa secara keseluruhannya. 2. Proses mempelajari bahasa asing atau bahasa kedua selepas pemerolehan bahasa pertama atau bahasa ibunda. |
part learning | pembelajaran bahagian | Pendidikan | Tiada | Kaedah belajar dengan mengagih-agihkan sesuatu maklumat menjadi bahagian-bahagian kecil, mempelajari dan mengingati setiap bahagian tersebut, dan kemudiannya mempelajari seluruh maklumat. |
cognitive skill | kemahiran kognitif | Pengurusan | Perancangan | Kemampuan seseorang untuk berfikir, mempelajari dan memahami sesuatu ilmu atau pengetahuan. Kemahiran ini berasaskan keupayaan akal fikiran seseorang yang dipengaruhi oleh faktor genetik semula jadi dan juga daya usaha untuk meningkatkan kemampuannya. Kemahiran kognitif tahap tinggi memungkinkan seseorang untuk menganalisis situasi, menghuraikan dan menyelesaikan sesuatu masalah. Contoh kemahiran kognitif semula jadi ialah kemampuan seseorang untuk memperoleh tahap pengajian dalam sesuatu bidang kepakaran yang sukar dicapai oleh orang lain, seperti bidang sains, kejuruteraan dan keagamaan. Contoh pembangunan kemahiran kognitif secara daya usaha dalam sesebuah organisasi pula adalah dengan mempelajari sesuatu pengetahuan melalui latihan dan bimbingan. |
teleology | teleologi | Kesusasteraan | Tiada | Ilmu yang mempelajari sebab, tujuan atau nilai yang imanen dalam gejala alamiah. |
epigraphy | epigrafi | Kesusasteraan | Tiada | Ilmu yang mempelajari tulisan kuno pada prasasti. |
textology | tekstologi | Kesusasteraan | Tiada | Ilmu yang mempelajari selok-belok teks, seperti sejarah teks, usia kertas, bentuk tulisan, pengarang, pentarikhan dan lain-lain. |
aesthetician | ahli estetik | Kesusasteraan | Tiada | Orang yang mempelajari dan mengenal ilmu keindahan. |
organization socialization | sosialisasi organisasi | Pentadbiran | Tiada | Proses pekerja mempelajari kebudayaan organisasi dan menurunkan pengetahuan serta pemahaman itu kepada pekerja lain. |
industri psychology | psikologi industri | Pentadbiran | Tiada | Cabang psikologi yang mempelajari tabiat manusia dalam lingkungan organisasi, dengan khusus terhadap tabiat dalam perusahaan. |
signal learning | pembelajaran rangsang | Pendidikan | Tiada | Pembelajaran yang membolehkan pelajar mempelajari satu cara umum menyerapkan gerak balas kepada rangsangan akibat daripada pelaziman responden. |