mempening | mempening | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Lithocarpus spp., dan Quercus spp. daripada famili Fagaceae. Spesies utamanya termasuk Lithocarpus cantleyanus, L. cyclophocus dan Quercus argetata. Gubal kayu mempening berwarna lebih muda dan sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat kekuningan atau kemerahan. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata, kerana taburan vesel yang tidak sekata dan ruji yang lebar. Ira kayunya lurus dan kadangkala bersimpul, dan ada permukaan jejari kayu terdapat pola garisan perak. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 575 hingga 1010 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu mempening sukar diproses, dan mempunyai ketahanan semula jadi yang sederhana. Kayu ini digunakan untuk kerja binaan sederhana, hiasan dalaman, papan panel, lantai parket, perabot, dan venir hirisan. |
codominant | kodominan | Biologi | Ekologi | Keadaan apabila satu spesies atau lebih sam-sama menjadi dominan dalam satu komuniti tumbuhan, misalnya famili mempening, Lauraceae, dan berangan, Fagaceae yang sama-sama dominan dalam hutan pergunungan bawah di Semenanjung Malaysia. |
silver grain figure | corak ira perak | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Corak yang terhasil daripada pemotongan tentang ruji yang lebar. Tisu ruji yang terpotong menampakkan corak ira berwarna perak yang ketara seperti yang terbentuk pada permukaan kayu ok, mempening, dan berangan. |
coarse grain, open grain | ira kasar | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Ira kayu yang mempunyai gelang pertumbuhan yang lebar dan jelas, dengan perbezaan yang ketara antara kayu awal dan kayu akhir. Istilah ini digunakan juga bagi ira pada kayu yang mempunyai liang yang besar, seperti ira kayu berangan dan mempening. |