Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.gu.na.kan] | ممڤرݢوناکن

Definisi : 1. = menggunakan; 2. memperlakukan utk tujuan atau kepentingan tertentu, memperalat: pelajar sepatutnya menimba ilmu di kampus tetapi mereka janganlah sampai dipergunakan oleh mana-mana parti politik, hatta parti kerajaan yg memerintah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.gu.na.kan] | ممڤرݢوناکن

Definisi : mengambil faedah: dipergunakan hari mudanya utk mencari ilmu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.gu.na.kan] | ممڤرݢوناکن

Definisi : menjadikan sesuatu yg tidak berguna (spt bahan-bahan buangan) ada gunanya: Sekarang ini ada usaha utk ~ sampah sarap sbg sumber tenaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mempergunakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
administrative politicspolitik pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Senario, aktiviti dan fenomena politik yang wujud dalam persekitaran pentadbiran sesebuah organisasi. Politik pentadbiran wujud kerana persaingan untuk mendapatkan dan menggunakan kuasa, pengaruh dan sumber-sumber lain bagi kepentingan individu atau sekumpulan individu dalam organisasi. Keadaan ini melibatkan penggunaan kuasa dan keupayaan individu atau kumpulan untuk mempengaruhi individu atau kumpulan lain terutama dalam konteks perebutan jawatan, kuasa dan kepentingan. Biasanya politik pentadbiran sering kali dikaitkan dengan unsur-unsur negatif seperti ketidakadilan, sikap tidak jujur, berat sebelah, diskriminasi, mempergunakan orang lain dan sebagainya.


Kembali ke atas