mutilated securities | sekuriti kabur | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sijil sekuriti yang tidak cukup memperincikan maklumat tertentu sehingga menyebabkan sukar untuk mengenal pasti ciri-ciri tertentu seperti isu, penerbit atau pemilikan. |
detailed system design | reka bentuk terperinci sistem | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses yang memperincikan reka bentuk semua komponen sistem, iaitu secara lojik dan fizikal. |
schedule of reinforcement | jadual peneguhan | Psikologi | Psikologi Umum | Jadual atau program yang memperincikan frekuensi dan masa pemberian peneguhan. Sekiranya sesuatu peneguhan didasarkan kepada kekerapan sesuatu respons, maka peneguhannya dikelaskan sebagai jadual bernisbah tetap atau berubah. Jika peneguhan itu berdasarkan kepada sela masa, maka peneguhannya dikelaskan sebagai jadual sela tetap atau berubah. Contohnya, jadual peneguhan nisbah tetap 10 (FR 10) bermakna haiwan mesti melakukan respons (menekan tuas dalam eksperimen kotak Skinner) sebanyak sepuluh kali sebelum diberikan peneguhan. |
work plan | rancangan kerja | Teknologi Maklumat | Tiada | Rancangan yang disediakan untuk setiap fasa yang memperincikan tugas, anggaran sumber dan jadual masa. |
industrial policy | dasar industri | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Dasar mengenai arah tuju perkembangan industri dalam sesebuah negara yang memperincikan tujahan eksport, import, percukaian industri dan dorongan atau sekatan kepada bidang tertentu. Dasar ini menjelaskan barangan penggantian import negara, tujahan pertanian atau perkilangan negara, bentuk bantuan atau subsidi yang boleh diberikan, hubungan dengan negara mana yang menjadi tumpuan dan penerokaan bidang mana yang menjadi rancangan. Dasar ini melibatkan undang-undang, perbelanjaan, sokongan dan sekatan untuk mempastikan objektif dasar ini tercapai. Dasar industri negara Malaysia sejak tahun 1980-an tidak lagi bergantung kepada pengeluaran barang semula jadi sebaliknya telah beralih kepada barangan perkilangan dan perkhidmatan. |
design phase | fasa reka bentuk | Teknologi Maklumat | Perisian | Tempoh kitaran hidup pembangunan perisian selepas fasa analisis yang melibatkan aktiviti memperincikan secara logik, cara sesuatu sistem atau perisian memenuhi spesifikasi sistem. Hasil daripada fasa reka bentuk ialah huraian tentang seni bina, komponen, antara muka, fungsi sistem serta cara kod disusun. |
business plan | rancangan perniagaan | Pengurusan | Perancangan | Dokumen bertulis yang disediakan oleh peniaga untuk menerangkan latar belakang organisasi perniagaan, strategi jualan dan pemasaran, rancangan penjanaan dan pengurusan modal, serta memperincikan aktiviti operasi usaha niaga. Maklumat yang lebih lanjut perlu memasukkan ramalan berkaitan dengan keuntungan, termasuk jangkaan titik pulang modal. Rancangan perniagaan yang lengkap akan menjelaskan hala tuju perniagaan berdasarkan tahap pencapaian bagi tempoh tertentu setelah mengambil kira cabaran yang akan dihadapi. Lihat juga titik pulang modal. |
anecdote | anekdot | Kesusasteraan | Tiada | Naratif ringkas tentang sesuatu perkara yang dianggap benar-benar berlaku dalam sejarah kehidupan seseorang tokoh. Anekdot biasanya wujud dalam penulisan biografi, esei, dan ucapan tertentu. Anekdot bertujuan untuk memperincikan perwatakan seseorang dan memberikan penekanan kepada sesuatu idea yang abstrak agar lebih konkrit dan mudah difahami. Tema dan plot sesuatu anekdot biasanya ringkas dan mudah. Kebanyakannya mengandungi mesej yang bersifat didaktik, ironi, dan sindiran. Ada kalanya anekdot penuh dengan kisah lucu dan menghiburkan hati pembaca. Dalam kesusasteraan Melayu, terdapat anekdot tentang tokoh sejarah tertentu dalam karya sastera bercorak sejarah. Contohnya dalam Sejarah Melayu terdapat anekdot tentang Tun Perak, Tun Mutahir, Tun Fatimah, sultan, pembesar, dan watak lain. Kisah �Tun Mai Ulat Bulu� belajar mengaji dengan Makhdum Sadar Jahan merupakan salah satu anekdot lucu yang menarik. Anekdot lucu juga boleh ditemui dalam cerita �Pak Kaduk� dan �Lebai Malang�. |
iconography | ikonografi | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Satu bidang khusus yang mengkaji seni arca sama ada bersifat keagamaan atau kontemporari. Ikonografi berasal daripada perkataan Greek �eikoon� yang bermaksud bayangan, gambar atau arca, manakala �graphoo� pula memperincikan ciri arca. Tumpuan kajian ini adalah untuk melihat perkembangan aspek seni, simbolisme dan langgam berdasarkan ciri sesebuah arca. Ikonografi dapat digunakan untuk menentukan usia secara relatif. |
legal interpretation | tafsiran undang-undang | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Proses menentukan maksud sebenar sesuatu dokumen bertulis seperti perlembagaan, statut, kontrak atau wasiat. Tafsiran sesuatu dokumen perundangan adalah penting dalam proses perundangan. Tafsiran undang-undang digunakan apabila sesuatu maksud dokumen perundangan perlu dinyatakan. Tafsiran undang-undang boleh memperincikan hak dan tanggungjawab pihak atau orang yang dinyatakan dalam dokumen perundangan tersebut. Dalam konteks undangundang antarabangsa, tafsiran undang-undang digunakan terhadap triti, perjanjian konsesi antara negara dan pelabur asing, dan ketetapan pertubuhan antarabangsa seperti resolusi Majlis Keselamatan PBB. |