finishes/dressed | kemasan | Kesenian | Seni Bina | Kerja-kerja menyudahkan dan memperkemas sesuatu permukaan struktur bangunan supaya menjadi licin, rata, cantik dan sebagainya. Kemasan biasanya dilakukan pada peringkat akhir pembinaan bangunan bagi memastikan kesempurnaannya. Beberapa jenis kemasan boleh dilakukan pada sesebuah bangunan berdasarkan bahan-bahan yang digunakan. Secara umumnya, kebanyakan bangunan bata dan konkrit dikemaskan, antaranya dengan menggunakan bahan-bahan seperti plaster, plaster Paris, cat air dan cat minyak, manakala kemasan bagi pembinaan kayu pula menggunakan bahan-bahan seperti syelek, lilin dan lekar plastik. |
process improvement | penambahbaikan proses | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Usaha atau tindakan yang dilakukan untuk mempertingkatkan kualiti dan memperkemas sistem dan peraturan yang sedia ada dalam sesebuah organisasi. Kebiasaannya, penambahbaikan proses melibatkan penilaian semula sistem pentadbiran, pengurusan semasa dan penstrukturan organisasi. Tindakan ini termasuk menilai semula keupayaan untuk mencapai matlamat, misi dan wawasan yang telah ditetapkan. Ia melibatkan perancangan yang rapi, pengurusan yang cekap, penandaarasan, TQM, ISO dan sebagainya. Tindakan yang diambil ini biasanya akan bersandarkan kepada sesuatu metodologi atau strategi yang tersusun untuk menghasilkan sesuatu objektif yang disasarkan. |
rehabilitation program | program pemulihan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Tindakan atau usaha yang dilaksanakan untuk memulihara, memperbaiki dan menambahbaikkan sesuatu perkara dengan tujuan mencapai objektif atau matlamat. Antara tindakan yang biasanya diambil dalam program pemulihan ialah mengenal pasti kelemahan, memperkemas perancangan, menambah kekuatan, memperkukuh belanjawan, memantap pengurusan penyenggaraan, memastikan sasaran dan meninjau peluang. Program pemulihan bukan hanya tertumpu kepada masalah sosial masyarakat seperti penagihan dadah, pelacuran, vandalisme semata-mata, ia juga merangkumi projek-projek terbengkalai kerajaan atau pihak lain, penyusunaturan semula pengurusan dan pentadbiran organisasi serta sumber manusia. |
quality control circle (QCC) | kumpulan meningkatkan mutu kerja (KMK) | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Sekumpulan individu yang dilantik membentuk satu pasukan kerja untuk mengenal pasti, mengawasi dan memantau kualiti perkhidmatan dalam sesebuah organisasi. Antara fungsi utama KMK ialah menetapkan garis panduan mutu kerja yang perlu dipatuhi, memperkemas piawai kualiti kerja, memantau operasi pentadbiran organisasi, menggariskan peraturan dan polisi ke arah pencapaian mutu kerja yang tinggi. Kumpulan ini dipilih dan dilantik berdasarkan kredibiliti, keupayaan, ketelusan, kebijaksanaan dan kepakaran masing-masing, yang akan terbubar apabila matlamat untuk meningkatkan mutu kerja dalam organisasi dapat dicapai. Contoh pasukan KMK ialah pasukan QC dan TQM. |
quality control circle (QCC) | kumpulan meningkatkan mutu kerja (KMK) | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Sekumpulan individu yang dilantik, membentuk satu pasukan kerja untuk mengenal pasti, mengawasi dan memantau kualiti perkhidmatan dalam sesebuah organisasi. Antara fungsi utama kumpulan meningkatkan mutu kerja ialah menetapkan garis panduan mutu kerja yang perlu dipatuhi, memperkemas piawai kualiti kerja, memantau operasi pentadbiran organisasi, menggariskan peraturan dan polisi ke arah pencapaian mutu kerja yang tinggi. Kumpulan ini dipilih dan dilantik berdasarkan kredibiliti, keupayaan, ketelusan, kebijaksanaan dan kepakaran masing-masing. Kumpulan ini akan dibubarkan apabila matlamat untuk meningkatkan mutu kerja dalam organisasi telah tercapai. Contoh pasukan KMK ialah pasukan QC dan TQM. |