epigraph | epigraf | Kesusasteraan | Tiada | 1. Epigraf: Kutipan atau moto singkat yang ditulis untuk memperkenalkan sesebuah karya atau tulisan dan digunakan untuk menyarankan temanya. |
desensitization | penyahpekaan | Sosiologi | Tiada | 1. Teknik yang digunakan dalam terapi tingkah laku, dengan memperkenalkan perkara yang bermasalah kepada pesakit secara perlahan-lahan, bersama terapi relaksasi, supaya pesakit berupaya secara progresif mendekati perkara tersebut. |
query | pertanyaan | Teknologi Maklumat | Tiada | 1. Dalam komunikasi data, proses pertanyaan oleh stesen tuan (seperti kerangka utama) kepada stesen hamba dengan memperkenalkan diri dan menentukan status hamba sama ada sibuk, menunggu atau sebagainya. 2. Proses pertanyaan kepada pangkalan data iaitu dengan memilih beberapa atribut daripada rekod untuk menjana laporan. |

insert | selitan | Komunikasi | Korporat | 1. Kertas maklumat pengiklanan atau pemberitahuan yang disisipkan bersama maklumat lain yang diedarkan kepada khalayak. Selitan boleh dimasukkan di halaman akhbar, majalah, atau di dalam selongsong. Tujuannya adalah untuk mempromosikan sesuatu barangan atau perkhidmatan, serta memperkenalkan sesebuah organisasi atau acara. 2 Maklumat pengiklanan, pengumuman khidmat awam, dan promosi rancangan yang disisipkan antara rancangan yang disiarkan di televisyen. Maklumat ini biasanya ringkas dan mempunyai daya tarikan segera untuk mendapatkan perhatian khalayak. Sinonim sisipan. |
transmissivity | keterusan | Hidrogeologi | Tiada | Kadar penerusan air pada kelikatan kinematik yang ada melalui satu unit lebar akuifer di satu unit gradien hidraulik. Walaupun dikatakan sebagai sifat akuifer, keterusan juga mencakup ketebalan lapisan tepu dan sifat cecair yang dikandunginya. Hal ini sama dengan suatu paduan kekonduksian hidraulik merentasi bahagian tepu akuifer tegak lurus kepada lintasan pengaliran (USGS). (Dimensi: L2T-1) Ruj.: Hantush 1964, (Theis 1935, memperkenalkan konsep ini sebagai �koefisien keterusan�) Sin.: koefisien keterusan |