Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.luas] | ممڤرلواس

Definisi : menjadikan lebih luas: mereka dihantar ke luar negeri utk ~ pengetahuan dan pemandangan mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.luas] | ممڤرلواس

Definisi : menjadikan lebih luas (lebih besar dsb) drpd yg ada; memperbesar: Kerajaan akan ~ penggunaan komputer di jabatan-jabatan kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memperluas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
widening of meaningperluasan maknaLinguistikTiadaProses memperluas makna unsur bahasa dengan memperluas konteksnya
extensionperluasanMatematikTiada1. Proses memperluas sesuatu idea kepada yang lebih umum. 2. Hasil proses yang dinyatakan dalam perluasan 1.
general relativitykerelatifan amKimiaTiadaTeori kegravitian yang memperluas teori khas kerelatifan untuk merangkumi pemecutan dan menghasilkan kesimpulan bahawa daya kegravitian adalah setara dengan daya disebabkan oleh pemecutan.
lateral thinkingpemikiran lateralPentadbiranTiadaAnalisis pemikiran untuk memperluas imaginasi dan mengalakkan ekspolitasi ingin tahu dengan mengenal pasti masalah baharu serta membentuk satu penyeledaian baharu.
difference in conditionsperbezaan dalam syaratPentadbiran PerniagaanTiadaKontrak berasingan yang memperluas atau memperlengkapkan skop insurans harta berdasarkan kepada peril yang dinamakan untuk melindungi semua risiko tertakluk kepada pengecualian yang ditetapkan.
satellite communicationkomunikasi satelitTeknologi MaklumatTiadaKomunikasi yang menggunakan satelit untuk memperluas liputan perhubungan, radio, televisyen atau sebarang pemancar dengan mengembalikan isyarat ke bumi daripada satelit dalam orbit. Suatu platform komunikasi yang menerima dan menghantar kembali isyarat daripada stesen bumi. Satelit menggunakan frekuensi mikrogelombang sebagai pembawa isyarat. Malaysia menggunakan satelit Measat-1, Measat-2 dan Tiongsat untuk komunikasi satelit.
market penetrationpenembusan pasaranPengurusanPerancanganPendekatan strategik yang digunakan oleh organisasi bagi memperluas penguasaan pasaran melalui penjanaan aktiviti pemasaran yang lebih berkesan. Penembusan pasaran bertujuan untuk meningkatkan hasil jualan produk atau perkhidmatan yang sedia ada. Antara kaedah penembusan pasaran yang sering digunakan adalah dengan menawarkan produk dengan harga promosi, meningkatkan perbelanjaan pengiklanan serta menggiatkan usaha publisiti produk dan perkhidmatan. Contohnya, sebuah syarikat pengeluar tekstil tempatan yang terkenal kerap dilihat mengadakan tawaran potongan harga yang hebat terutamanya ketika musim perayaan dan jualan penghabisan stok. Di samping itu, syarikat ini juga turut menggunakan khidmat artis-artis popular tempatan sebagai duta syarikat bagi tujuan publisiti.
imperialismfahaman imperialSains PolitikHubungan AntarabangsaDasar perluasan terhadap kedaulatan sesuatu negara atau wilayah negara. Fahaman ini merupakan penjajahan bentuk baru, iaitu dengan cara memperluas daerah kekuasaan sama ada melalui kekerasan ketenteraan atau kekuatan ekonomi. Imperialis dilakukan oleh negara atau aktor bukan negara yang menjalankan dasar imperialisme dengan mendominasikan sistem perhubungan antarabangsa melalui pelbagai bentuk, antaranya melalui penguasaan ekonomi dan perkhidmatan.
free tradeperdagangan bebasUndang-undangTiadaPerdagangan yang melibatkan kuasa pasaran yang tidak terbatas, kurangnya campur tangan negara dan persaingan adil antara pihak dalam transaksi. Matlamat perdagangan bebas adalah untuk memperluas perdagangan dengan menambah jumlah import dan eksport semua negara di dunia. Ini akan menambahkan daya saing, pengkhususan dan nilai dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan serta meninggikan pertumbuhan ekonomi dunia.
free tradeperdagangan bebasUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerdagangan yang melibatkan kuasa pasaran yang tidak terbatas, kurangnya campur tangan negara dan persaingan adil antara pihak dalam transaksi. Matlamat perdagangan bebas adalah untuk memperluas perdagangan dengan menambah jumlah import dan eksport semua negara di dunia. Ini akan menambahkan daya saing, pengkhususan dan nilai dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan serta meninggikan pertumbuhan ekonomi dunia. Walau bagaimanapun, ramai pakar ekonomi yang tidak bersetuju dengan perdagangan bebas kerana ia boleh membunuh industri tempatan yang tidak boleh bersaing dengan pemain global. Ini boleh menyebabkan pengangguran dan kehancuran industri tradisional, dan komuniti terpinggir. Contoh perjanjian antarabangsa yang menggalakkan kebebasan perdagangan yang lebih luas ialah Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT), Perjanjian Penubuhan Pertubuhan Perdagangan Dunia, Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA), Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dan Perjanjian Perkongsian Tran
12

Kembali ke atas