scientific management | pengurusan saintifik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kaedah terperinci dalam teori pengurusan yang menentukan pembaharuan untuk mempertingkatkan produktiviti organisasi. Pengurusan saintifik dipercayai dapat mengubah cara berfikir ahli organisasi bukan sahaja untuk memantapkan kedudukan dan imej organisasi, tetapi secara tidak langsung dapat mempertingkatkan jati diri kakitangan organisasi tersebut. Pengurusan saintifik dipelopori oleh Frederick Winslow Taylor yang memberikan penekanan bahawa sebarang keputusan yang dilaksanakan adalah berasaskan kepada tradisi dan pengamalan pengurusan organisasi. Walau bagaimanapun, corak pengurusan yang baik sentiasa berteraskan kepada kebijaksanaan kakitangan dalam membuat keputusan yang berkait dengan kerja dan tanggungjawab. |
habilitation | habilitasi | Umum | Tiada | Proses mempertingkatkan keupayaan fizikal, mental, sosial dan vokasional untuk membolehkan seseorang yang lahir dengan ketaksempurnaan untuk hidup berdikari. |
rehabilitation | pemulihan | Umum | Tiada | Proses mempertingkatkan keupayaan fizikal, mental, sosial dan vokasional untuk membolehkan seseorang hidup berdikari selepas mengalami kehilangan upaya tertentu. |
landscape beautification | pengindahan landskap | Landskap | Tiada | Aktiviti mempertingkatkan keindahan suatu landskap seperti membina air pancutan atau menanam tumbuhan. |
staff training | latihan kakitangan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Program yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan atasan untuk memberikan pendedahan yang lebih luas tentang kerjaya dan tanggungjawab kakitangan terhadap organisasi kerja. Program ini biasanya diberikan untuk mempertingkatkan kemahiran dan pemahaman kakitangan supaya lebih produktif dan secara tidak langsung dapat mempertingkatkan imej dan produktiviti organisasi. Latihan kakitangan boleh diterjemahkan dalam pelbagai aspek berdasarkan bentuk dan cara program latihan dilaksanakan. Sesetengah organisasi awam memberikan latihan dengan cara menaja dan membuka peluang kepada kakitangannya untuk meneruskan pengajian dalam bidang tertentu yang sesuai dengan keperluan organisasi. Kebanyakan organisasi mendedahkan latihan dalam bentuk kursus, seminar, bengkel, forum dan sebagainya. Contohnya, kursus kepimpinan, pembangunan kendiri, pembangunan profesional,teknologi maklumat dan komunikasi, kualiti, pembangunan ekonomi, kewangan, pengurusan sumber manusia, bahasa dan komunikasi. |
add | tambah | Matematik | Tiada | 1. Melakukan operasi membanyakkan atau mempertingkatkan kuantiti yang sedia ada, biasanya disimbolkan dengan +. |
press relations | perhubungan akhbar | Komunikasi | Tiada | Tindakan menjalin dan mempertingkatkan hubungan antara organisasi atau individu dengan wakil media massa khususnya para wartawan. |
growth strategy | strategi perkembangan | Pentadbiran | Tiada | Strategi korporat yang cuba mempertingkatkan kendalian organisasi dari segi peningkatan pendapatan, tenaga pekerja dan penaklukan pasaran. |
intervention program | program intervensi | Pendidikan | Tiada | Program yang direka bentuk untuk mempertingkatkan keadaan atau tugas yang bermasalah,lemah dan mempunyai kekurangan. |
data compression | mampatan data; pemampatan data | Kejuruteraan | Tiada | Teknik yang digunakan untuk mempertingkatkan kecekapan penghantaran dengan mengurangkan bilangan bit maklumat yang perlu dihantar, dilakukan dengan membuang ruang, bahagian yang kosong dan bahan yang belum digunakan, dari blok-blok data. |