agrotaiment | agrohibur/hibur tani | Umum | Tiada | Kaedah mempromosikan produk hasil pertanian atau perniagaan tani kepada orang ramai menerusi persembahan hiburan. |
sample distribution | edaran sampel | Komunikasi | Korporat | Kaedah memperkenalkan dan mempromosikan barangan kepada pengguna sasaran dengan mengedarkan sampel barangan dengan pelbagai cara. Antara cara tersebut adalah melalui pos edaran dari rumah ke rumah, dikedai, atau melalui kupon pengiklanan. Kaedah tersebut merupakan kaedah promosi yang murah dan mudah dikendalikan. Contohnya, pengedaran barangan kosmetik kepada kakitangan pejabat, pengedaran ubat baru kepada doktor, pengedaran syampu kepada pakar kecantikan, atau pengedaran buku teks contoh kepada guru dan pensyarah. Dari segi pengurusan, edaran sampel dilakukan oleh agensi tertentu dalam industri pengiklanan. Kaedah ini merupakan strategi promosi yang paling efektif bagi barangan baru kerana menawarkan percubaan percuma kepada pengguna dengan harapan mempengaruhi mereka supaya menjadi pengguna kekal. Sinonim fungsi sampel. |
consumer franchiesbuilding promotion | promosi francais pengguna | Pentadbiran | Tiada | Galakan jualan yang mempromosikan kedudukan barangan yang digunakan oleh pengguna. |
booth | reruai | Umum | Tiada | Kawasan terbuka dan terhad, tempat mempamerkan atau mempromosikan produk atau perkhidmatan tertentu. |
instructional scaffolding | perancah pengajaran | Pendidikan | Tiada | Peruntukan pembiayaan atau sokongan untuk mempromosikan pendidikan apabila konsep dan kemahiran mula diperkenalkan kepada pelajar. |
marketing trend | arah alir pemasaran | Pentadbiran | Tiada | Kecenderungan semasa tentang cara menjual dan mempromosikan jualan. |
tv commercial | iklan tv | Komunikasi | Tiada | Iklan yang disiarkan di dalam televisyen khusus untuk mempromosikan barangan atau perkhidmatan yang bermatlamat untuk mendapat keuntungan. |
Internet Society | Internet Society | Teknologi Maklumat | Tiada | Organisasi antarabangsa yang dianggotai individu, syarikat, yayasan dan agensi kerajaan yang mempromosikan penggunaan, penyenggaraan dan pembangunan Internet. |
ISOC (Internet Society) | ISOC (Internet Society) | Teknologi Maklumat | Tiada | Organisasi antarabangsa yang dianggotai individu, syarikat, yayasan dan agensi kerajaan yang mempromosikan penggunaan, penyenggaraan dan pembangunan Internet. |
corporat advertising | pengiklanan korporat | Komunikasi | Korporat | Pengiklanan yang memberikan kesan sosial dan promosi citra organisasi. Ciri utama pengiklanan ini adalah mempromosikan maklumat yang memberikan kepentingan awam (khalayak, organisasi, dan pemerintah) dan maklumat yang memberikan kepentingan kepada organisasi penaja. Contoh maklumat yang memberikan kepentingan kepada awam ialah mesej tentang perpaduan, kerjasama, sopan santun, dan pemanduan berhemah. Sementara pengiklanan yang membawa mesej yang memberikan kepentingan kepada organisasi biasanya memberikan fokus kepada penonjolan citra organisasi. Pendekatan yang selalu digunakan adalah dengan memaparkan identiti syarikat, seperti nama, logo, dan slogan. Maklumat ini ditonjolkan atau disebut di sebarang bahagian iklan berkenaan, sama ada dalam media cetak atau media elektronik. Sesebuah syarikat atau organisasi biasanya akan memilih, menyokong, atau menaja jenis aktiviti, kempen, atau projek yang sesuai dan sehaluan dengan dasar atau falsafah penubuhan syarikat penaja. Aktiviti mengeluarkan kos pengiklanan ini |