Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : melakukan muat turun: Pengguna boleh ~ perisian tsb secara percuma melalui alamat laman web yg telah diberikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
turun (kata kerja)
1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar,
Berantonim dengan naik

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,

4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam,
Berantonim dengan naik

6. Dalam konteks warna
bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,

Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
browserpelayarTeknologi MaklumatTiadaAtur cara yang digunakan untuk melihat, memuat turun, memuat naik, mengimbas atau mencapai dokumen seperti laman web dalam Internet. Internet Explorer ialah pengimbas yang popular. Pengimbas juga memberi kemudahan seperti penanda buku untuk memudahkan pengguna menyimpan pautan kepada laman web yang tertentu.
video streamingpenstriman videoTeknologi MaklumatPerisianProses memuat turun video pada sebarang masa yang disalurkan kepada pelayar. Antara aplikasi penstriman video ialah pengguna dapat menonton rancangan televisyen melalui Internet secara langsung atau tertunda. Contoh format fail penstriman video ialah *.wav dan *.avi.
gophergopherTeknologi MaklumatTiadaKemudahan untuk mengemudi dan membolehkan pengguna mencari dan memuat turun dokumen yang dikehendaki daripada Internet dengan menggunakan sistem hierarki berasaskan menu. Sistem ini tidak seperti FTP dan Archie kerana ia memerlukan pengguna mengetahui maklumat terperinci tentang hos atau nama fail. Pengguna memerlukan perisian klien Gopher untuk mencapai fail yang dikehendaki dalam pelayan. Gopher telah dibangunkan di University of Minnesota, dan dinamakan sempena nama maskot universiti. Ia sangat popular pada zaman permulaan Internet. Carian dilaksanakan berasaskan teks. Walau bagaimanapun, dengan bertambahnya penggunaan web grafik, utiliti Gopher kini tidak lagi popular.
news reader softwareperisian baca beritaTeknologi MaklumatPerisianSejenis perisian yang digunakan untuk memuat turun dan memaparkan berita dari laman-laman web di Internet. Kebanyakan laman web mempunyai pilihan kepada pelanggan sama ada untuk membaca secara dalam talian atau pun secara suapan RSS. Pilihan dalam talian menggunakan pendekatan yang biasa sebagaimana pelanggan membaca berita pada akhbar dalam talian. Pendekatan RSS pula membolehkan pelanggan mendapatkan dan menyimpan berita tanpa perlu melayar laman portal berita. Contohnya, perisian e-mel Thunderbird mempunyai aplikasi baca berita.
vodcastvideo siarTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaVideo dalam bentuk digital. Pengguna boleh memuat turun video ini ke dalam komputer, telefon pintar, ataupun mengakses laman web Twitch. TV dan Youtube. Perkataan vodcast berasal daripada gabungan kata video dan broadcast.
KindleKindle-TiadaPeranti elektronik yang dibangunkan oleh Amazon untuk membantu pembaca melayari, membeli, memuat turun, dan membaca e-buku, surat khabar, majalah dan media digital lain.
KermitKermitTeknologi MaklumatTiadaProtokol pindahan fail tak segerak yang dibangunkan di Columbia University. Kermit digunakan untuk memuat turun fail dari sistem jauh ke komputer di rumah. Kermit terkenal kerana ketepatannya dalam talian hingar. Antara versi Kermit yang lebih baik ialah SuperKermit. Kermit popular pada komputer mini dan kerangka utama. Kermit juga boleh menangani pindahan berorientasi bait dalam sistem 7-bit ASCII.
diskless securitykeselamatan tanpa cakeraTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPemasangan fail tampal untuk memperbaik suatu perisian tanpa perlu memuat turun fail tampal secara manual oleh pengguna, sama ada melalui rangkaian atau melalui penyalinan fail dalam cakera. Penambahbaikan perisian sebegini hanya dilancarkan secara automatik tanpa memerlukan pengguna mengetahui masalah yang hendak diperbaiki. Contoh keselamatan tanpa cakera ialah Windows Automatic Updates dan Symantec LiveUpdate.
content on demand (CoD)kandungan atas permintaan (CoD)Teknologi Maklumate-PembelajaranSistem interaktif yang membolehkan pengguna memilih, memuat turun, dan menggunakan bahan pembelajaran digital menurut kehendak atau keperluan pada bila-bila masa.
podcastaudio siarTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaSiri episod yang mengandungi fail audio digital ataupun video. Pengguna boleh memuat turun fail ini ke dalam komputer atau telefon pintar. Perkataan podcast berasal daripada gabungan kata ipod dan broadcast.
123

Kembali ke atas