open government | kerajaan terbuka | Undang-undang | Tiada | Kerajaan yang memudahkan rakyat mendekatinya dan memudahkan rakyat mendapatkan maklumat daripadanya. |
ring gap | pelega gelang | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Ruang di antara bahagian hujung gelang omboh yang memudahkan gelang omboh dipasang ke dalam alur gelang omboh dan memudahkan gelang omboh mengembang apabila menjadi panas. |
ring gap | pelega gelang | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Ruang di antara bahagian hujung gelang omboh yang memudahkan gelang omboh dipasang ke dalam alur gelang omboh dan memudahkan gelang omboh mengembang apabila menjadi panas. |
house list | senarai milikan | Komunikasi | Korporat | Senarai nama dan maklumat yang memudahkan urusan komunikasi yang berkaitan pelanggan, sama ada pelanggan tetap, bekas pelanggan, atau bakal pelanggan yang disimpan oleh sesebuah organisasi atau syarikat. Fungsi senarai nama ini adalah untuk memudahkan usaha pemasaran dan meluaskan aktiviti pengukuhan citra organisasi atau syarikat, dan mengekalkan serta meluaskan jaringan. Walau bagaimanapun, senarai yang tersimpan terdiri daripada nama pelanggan terpilih yang mempunyai kecenderungan tinggi untuk terus berurusan dengan sesuatu syarikat atau organisasi. |
entrainer | pengiring | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Bahan tambah yang dicampurkan ke dalam campuran cecair yang tidak mudah dipisahkan. Ia bertujuan memudahkan pemisahan secara penyulingan dijalankan. Ia biasanya membentuk campuran azeotrop dengan komponen di dalam campuran cecair tersebut dan dengan itu, membantu memudahkan proses pemisahan. |
sheath (dress) | gaun sheath | Kesenian | Tiada | 1. Gaun potong lurus, dan sempit yang lazimnya tanpa kelim. Untuk memudahkan pergerakan, berlisu terbalik bahagian tengah hadapan, di sisi atas tengah belakang supaya kelihatan mengikut bentuk badan.,2. Gaun sama sendat berkelim di pinggang, skirt menirus ke kelepet dan berbelah tengah belakang untuk memudahkan pergerakan. Kedua-duanya dipopularkan pada tahun 1950-an dan awal tahun 1960-an. |
facilitate | memudahkan | Perubatan | Tiada | Tiada |
stranded wire | dawai berlembar | Teknik | Elektrik | Dawai atau kabel yang mengandungi beberapa utas dawai halus yang dipintal atau dianyam untuk membentuk teras/pengalir dawai atau kabel tersebut. Dawai ini dibuat berlembar dengan tujuan memudahkan kabel itu dilentur, mengurangkan kesan kekulitan, memudahkan penyambungan, dan menambahkan daya keliatan (sukar patah atau lesu). |
facilitating condition | keadaan memudahkan | Sosiologi | Tiada | Tiada |
contour terracing | peneresan kontur | Pertanian | Agronomi | Kaedah memotong permukaan tanah di lereng bukit yang curam untuk memudahkan penanaman dan mengelakkan hakisan tanah. Lereng bukit ditandakan dengan pancang mengikut ketinggian aras atau kontur yang sama. Tanah pada kontur ini diratakan mengikut kelebaran yang sesuai, iaitu antara 2 meter hingga 4 meter, dan penanaman pokok seperti getah, kelapa sawit atau durian dibuat di tengah teres yang terbentuk. Teres ini akan memudahkan pergerakan manusia untuk menoreh atau memetik buah. Selain itu, teres ini akan mengurangkan kelajuan air dari atas bukit apabila hujan, sekali gus mengurangkan kemungkinan hakisan tanah berlaku. Jarak antara teres kontur adalah antara 10 meter hingga 20 meter. Di beberapa negara seperti Indonesia dan China, peneresan kontur juga dilakukan untuk penanaman padi di lereng bukit. |