Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nak.sir] | منکسير

Definisi : 1. mengira atau meng­­hitung banyaknya sesuatu (harga dll): ditaksir-taksir Solihin perongkosan yg harus dikeluarkan­nya; 2. menyangka, menelah, mengagak, mengi­ra: penduduk Vietnam Utara ditaksir sebanyak tiga belas juta; 3. memberi peng­hargaan (dgn sewajarnya), menghargai, me­nilai: dgn jalan itu, penyelidik seni sastera dapat mengenal sesuatu ciptaan dgn lebih baik lagi dan akhirnya dapat ~ nilai ciptaan seni itu; 4. mengkaji, meneliti: kita hendaklah ~ semula kedudukan kita yg tertakluk sangat-sangat pd getah asli; 5. = naksir ingin me­miliki (mempunyai) sesuatu, menghen­daki, berkeinginan utk, ada keinginan hendak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nak.sir] | منکسير

Definisi : 1 mengira atau menghitung jumlah, harga dll (ttg sesuatu); menentukan harga dll dgn kira-kira: Dia ~ kerugian yg dialami, yg berjumlah sebanyak RM15,000/-. 2 menyangka atau mengagak dgn me­lihat-lihat keadaan; menilai secara agak-agak; mengagak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menaksir


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
assess the valuemenaksir nilaiPendidikanTiadaTiada
assessing change in colourmenaksir perubahan warnaKesenianTiadaTiada
assessorpenaksirEkonomiEkonomi IslamIndividu yang menaksir, menyelaras dan menetapkan jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh syarikat pengendali takaful kepada peserta yang mengalami musibah. Terdapat dua jenis penaksir, iaitu penaksir kerugian dan penaksir awam. Penaksir kerugian dilantik oleh syarikat pengendali takaful untuk berkhidmat bagi pihaknya dalam menentukan jumlah pampasan yang patut dibayar. Penaksir awam pula menawarkan khidmat kepada peserta takaful dengan bayaran fi bagi menentukan jumlah pampasan yang perlu dituntut. Jumlah pampasan sebenar yang diterima oleh peserta yang mengalami musibah akan ditetapkan melalui perundingan antara penaksir kerugian daripada pihak syarikat dengan penaksir awam daripada pihak peserta.
sensate value systemsistem nilai deriaLandskapTiadaAturan menaksir persepsi individu tentang sesuatu keadaan tertentu seperti pemandangan , pendengaran, rasa dan bau.
performance ratingpengadaran prestasi ; kadar prestasi ; kadaran perlakuanKejuruteraanTiadaMenaksir aras usaha insani yang dilakukan oleh pengendali, berasaskan gagasan kerja biasa yang ditentukan pencerap, demi melaraskan data kajian kerja. Sinonim: pengadaran usaha atau pengandaran jangkah.
ideational value systemsistem nilai bergagasanLandskapTiadaSatu aturan menaksir keupayaan individu dalam pembentuk an idea landskap. Contohnya, keupayaan memikirkan secara kreatif penyelesaian masalah landskap di sesuatu kawasan.
curriculum theoryteori kurikulumPendidikanTiadaPenyataan yang digunakan untuk menyampaikan secara jelas unsur dan prinsip yang terkandung dalam bidang kurikulum. Ia merupakan satu alat untuk menaksir, mengkritik dan mencantum hukum atau prinsip yang diterima serta mengubahsuaikannya dengan tujuan untuk membuat generalisasi tentang fakta atau prinsip kurikulum.
ceilinghad maksimumPendidikanTiada

 Had prestasi ujian tertinggi yang boleh diukur oleh satu-satu instrumen atau proses untuk menaksir keupayaan atau kebolehan seseorang.


Kembali ke atas