agrobiotechnology | agrobioteknologi | Pertanian | Agroteknologi | Kajian saintifik bagi menambah baik tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti pertanian. Kajian ini berasaskan pengetahuan tentang DNA dan pengenalpastian gen yang dapat memberi faedah kepada tanaman yang boleh digunakan untuk memperbaik ciri-ciri tanaman dan ternakan. Agrobioteknologi dapat menambah baik tanaman dan ternakan yang tidak dapat dihasilkan melalui kaedah pembiakbakaan tradisional. Kaedah penting dalam agrobioteknologi melibatkan pemindahan gen daripada satu organisma kepada organisma yang lain. Melalui kaedah ini, banyak tanaman yang mempunyai ciri ketahanan terhadap penyakit telah dihasilkan. |
sweep | imbas elektronik | Komunikasi | Korporat | Alat elektronik yang digunakan untuk menambah baik mutu rakaman audio dalam penerbitan filem, muzik, atau iklan. Alat ini menggunakan perisian komputer yang berfungsi sebagai pengimbas masalah audio dan penyunting audio. Alat ini juga digunakan apabila mutu rakaman sesuatu penerbitan tidak mencapai tahap yang boleh mewujudkan impak kepada khalayak. Mutu rakaman yang tidak memuaskan ini boleh berlaku semasa proses rakaman audio atau proses penyuntingan, ataupun kerana mutu suara yang sememangnya tidak cukup mantap. Penggunaan alat ini boleh memperbaik kesilapan tersebut tanpa mengeluarkan kos dan masa tambahan seperti melakukan rakaman dan penyuntingan semula. |
clinical intervention | intervensi klinikal | Psikologi | Psikologi Umum | Intervensi yang digunakan untuk menambah baik, mengekalkan atau menilai status kesihatan klien. Intervensi ini biasanya melibatkan pemerhatian di klinik atau hospital. |
breeding method | kaedah pembiakbakaan | Pertanian | Agronomi | Kaedah yang digunakan untuk menambah baik baka sesuatu tanaman atau ternakan. Kaedah pembiakbakaan klasik berasaskan pemilihan baka daripada populasi yang besar untuk mendapatkan ciri tertentu seperti tanaman yang mempunyai bunga yang menarik. Baka yang dipilih akan digandakan untuk mewujudkan varieti baru. Kaedah ini juga melibatkan kacukan antara baka untuk mendapatkan kepelbagaian yang lebih besar dan pemilihan dibuat daripada progeni kacukan. Kaedah pembiakbakaan moden pula menggunakan pendekatan molekular melalui pengenalpastian gen yang memberi sesuatu ciri. Gen ini akan dipindahkan ke sesuatu baka melalui kejuruteraan genetik untuk mendapatkan ciri yang dikehendaki. |
dietary supplement | penokok diet | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Produk yang mengandungi ramuan diet yang dimakan untuk menambah baik nilai pemakanan dalam diet sedia ada. Ramuan diet terdiri daripada satu atau gabungan antara bahan berikut, iaitu vitamin, mineral, herba atau bahan botanikal lain. |
occupational therapy | terapi cara kerja | Perubatan | Tiada | Rawatan berasaskan penjagaan diri, kerja dan permainan. Rawatan ini bertujuan menambah baik fungsi dan kebolehan pesakit dalam aktiviti hariannya. |
administrative development | pembangunan pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Tindakan yang dibuat secara sistematik oleh sesebuah agensi untuk memantapkan dan menambah baik sistem dan struktur pentadbiran organisasi. Pembangunan pentadbiran merupakan satu usaha jangka panjang untuk mempertingkatkan pengendalian urusan organisasi, penyelesaian masalah, penyesuaian terhadap perubahan persekitaran dan pengemaskinian sistem pemfailan. Tindakan ini biasanya melibatkan pengamalan nilai-nilai yang positif dan penyesuaian terhadap teknologi baru dalam sistem organisasi yang sedia ada. Contohnya, pembangunan pentadbiran melibatkan proses pengemaskinian aset syarikat seperti kakitangan, infrastruktur, sumber, kemudahan, peralatan termasuklah perancangan dan sistem kawalan. |
value belief | kepercayaan nilai | Perubatan | Tiada | Kesanggupan mengekalkan, menambah baik atau menyingkirkan kepercayaan dengan mengambil kira pendapat individu terhadap sesuatu yang dianggap baik atau buruk. |
software maintenance | penyelenggaraan perisian | Teknologi Maklumat | Perisian | Proses dalam kejuruteraan perisian bagi menambah baik perisian selepas dilaksanakan atau digunakan. Penambahbaikan ini adalah untuk membaiki prestasi, membetulkan ralat dan menambah fitur dalam perisian. Proses ini perlu dilakukan dengan sistematik dan teliti supaya sebarang pengubahsuaian dapat disepadukan dengan modul atau atur cara yang asal. Contoh aktiviti dalam penyelenggaraan perisian ialah pengeluaran perisian versi terbaru. |
soil amendment | pembaikan tanah | Pertanian | Agroteknologi | Kaedah menambah baik tekstur, struktur dan kimia tanah dengan menambah bahan asing seperti bahan organan dalam bentuk gambut, sisa tanaman, kompos atau najis haiwan, atau menambah kapur untuk mengurangkan keasidan tanah. |