parliamentary committee | jawatankuasa parlimen | Pentadbiran | Tiada | Badan khas yang ditubuhkan dalam kalangan anggota parlimen bertujuan untuk menangani sesuatu aspek yang akan dibincang di dalam persidangan seperti rang undang-undang sendirian, rang undang-undang hibrid, anggaran perbelanjaan tahunan, anggaran perbelanjaan dan anggaran perbelanjaan tambahan. Jawatankuasa yang dilantik perlu memikir dan menangani persoalan berkenaan di parlimen dan secara tidak langsung akan mengurangkan beban anggota parlimen yang lain. Cara pembahagian kuasa ini akan menjimatkan masa dan meringkaskan persidangan. |
parallel combination | gabungan selari | Kejuruteraan | Tiada | Paut penghantaran yang menangani data selari. |
crisis management | pengurusan krisis | Komunikasi | Korporat | Proses dan kaedah menangani krisis dalam organisasi atau negara yang dijangka boleh meninggalkan kesan negatif jangka panjang. Sekiranya tidak ditangani secara sistematik, krisis boleh menjejaskan reputasi organisasi atau negara. Pengurusan krisis dilaksanakan bagi memulihkan citra yang telah tercemar akibat kecuaian, kesilapan, kemalangan, atau sabotaj terhadap barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh organisasi. Proses dan kaedah ini boleh dilaksanakan sendiri oleh organisasi atau melalui pihak perunding. Pencemaran citra boleh menyebabkan berlakunya krisis ekonomi, krisis keyakinan, dan krisis kewibawaan kepada organisasi atau negara. Penyebab berlakunya krisis seperti dakwaan pihak tertentu terhadap barangan untuk khalayak muslim yang sumber bahannya tidak halal, bekalan tenaga dan air untuk para pengilang atau pengusaha industri minuman dan makanan yang sering terganggu, serta kecacatan terhadap barangan eksport. |
stress management center | pusat pengurusan stres | Kejururawatan | Tiada | Tempat untuk menangani individu yang mengalami tekanan. |
simulation language | bahasa simulasi | Pentadbiran | Tiada | Bahasa pengaturcaraan yang direka khas untuk menangani masalah simulasi seperti GPSS,SIMSCRIPT, Promodel Siman. |
managing change | pengelolaan perubahan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Tindakan yang dibuat untuk menangani perubahan atau pembaharuan dalam konteks pentadbiran dan pengurusan sesebuah organisasi. Biasanya sebarang bentuk perubahan yang ingin dilaksanakan oleh organisasi akan melibatkan dua pihak iaitu majikan dan pekerja. Persetujuan perlu dicapai oleh kedua-dua pihak bagi memastikan perubahan yang ingin dilakukan dapat dilaksanakan dengan baik dan tidak menimbulkan konflik dalam organisasi pada masa hadapan. Contoh, pertukaran kakitangan ke jabatan lain, perubahan dari segi waktu kerja, pengenalan peraturan baru dalam organisasi dan penggubalan dasar baru. |
therapeutic communication | komunikasi terapeutik | Kejururawatan | Tiada | Perbualan yang menjurus kepada membantu individu menangani tekanan, menyesuaikan diri dan mengatasi kebuntuan fikiran. |
family crisis center | pusat krisis keluarga | Kejururawatan | Tiada | Pusat yang memberi sokongan untuk menangani konflik dan masalah serius yang dihadapi oleh keluarga. |
school based intervention | intervensi berasaskan sekolah | Kejururawatan | Tiada | Tindakan kepada pelajar sekolah bagi menangani masalah peribadi mereka. |
essential services | perkhidmatan perlu | Pentadbiran | Tiada | Perkhidmatan dalam negara yang penting atau diperlukan untuk menangani keperluan masyarakat dalam negara seperti perkhidmatan air, gas dan elektrik. |