odd lot theory | teori lot ganjil | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Teori yang mencadangkan tindakan pelaburan berlawanan daripada kegiatan pelabur kecil dengan melihat nisbah jualan lot ganjil bahagi belian lot ganjil. Jika nisbah positif teori mencadangkan strategi menjual dan jika nisbahnya negatif, teori mementingkan tindakan membeli. |
objectivism | objektivisme | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan yang mencadangkan supaya puisi dilihat sebagai objek seni yang tidak ada kaitan dengan pertimbangan teori, konteks sejarah, dan niat pengarang. Menurut pandangan gerakan ini, semua objek sepatutnya dipilihk kerana objek itu sendiri tanpa campur tangan atau komen pengarang. Gerakan yang didukung oleh W. Carlos Williams ini popular di Amerika pada tahun 1930-an namun tidak kekal lama. Contohnya, sajak karya W.C. Williams yang berjudul The Red Wheel Barrow hanya menampilkn nilai estetika objek tanpa komen penyair. |
wobble hypothesis | hipotesis goyang | Biologi | Genetik | Hipotesis yang mencadangkan bahawa perpasangan antara bes kondon dan antikodon berlaku pada kedudukan ketiga, oleh itu antikodon boleh berpasangan dengan lebih daripada satu kodon. |
Dollo�s Law | Hukum Dollo | Biologi | Genetik | Hukum yang mencadangkan bahawa evolusi yang berlaku sepanjang leluhur yang khusus tidak boleh berbalik. |
Langmuir model | model Langmuir | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Model yang mencadangkan proses pengoksidaan karbon monoksida dan oksigen berlaku apabila molekul karbon monoksida melanggar atom oksigen yang terjerap pada permukaan mangkin walaupun permukaan mangkin dipenuhi dengan molekul karbon monoksida yang juga terjerap pada julat suhu yang lebih rendah. Mekanisme tindak balas jenis ini juga dipercayai berlaku dalam tindak balas hidrogen dan oksigen. |
chiasmatype theory | teori kiasmatip | Biologi | Genetik | Teori Janssens 1909 yang mencadangkan bahawa pindah silang berlaku pada peringkat awal profasa I meiosis semasa kromatid homolog bersinaps. |
first-arriver principle | prinsip yang tiba dulu | Biologi | Genetik | Teori yang mencadangkan bahawa individu yang mula-mula mengkoloni persekitaran baru atau yang beradaptasi dalam nic yang khusus mempunyai kelebihan daripada individu yang datang kemudian semasa pemilihan. prinsip raja gunung. |
Rideal Elley mechanism | mekanisme Rideal elley | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Mekanisme yang mencadangkan proses penukaran hidrogen dari para ke orto di atas mangkin tungsten yang berlaku melalui penukaran atom hidrogen dan deuterium di dalam molekul hidrogen itu sendiri. Molekul hidrogen terjerap dengan longgarnya secara penjerapan kimia pada permukaan mangkin. |
Langmuir-Hinshelwood model | model Langmuir-Hinshelwood | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Model yang mencadangkan bahawa kadar tindak balas bagi atom atau molekul yang terjerap secara penjerapan kimia ialah kadar tindak balas pengawal di dalam sesuatu tindak balas kimia bermangkin. Model ini tidak menolak model Langmuir dan isoterma penjerapan Langmuir tetapi menekankan bahawa keseimbangan penjerapan sentiasa berlaku. Jika terdapat lebih daripada dua atom atau molekul yang akan menjerap secara bersaing, kadar tindak balas ditentukan oleh kadar saingan penjerapan. |
client-centered theory | teori pemusatan klien | Psikologi | Psikologi Umum | Teori yang mencadangkan supaya seseorang klien seharusnya berperanan sepenuhnya dalam menguruskan kehidupan dan meningkatkan motivasi diri. Kebertanggungjawaban terhadap diri sendiri dan kebolehan untuk berubah seharusnya berada di tangan klien sendiri dan bukannya ahli terapi. |