palaeozoic | paleozoik | Biologi | Ekologi | Era geologi yang mencakupi zaman kambrium, ordovisian, silurian, devonian, karboniferus, dan permian. Era ini merupakan zaman bagi kebanyakan hidupan akuatik yang terdiri daripada invertebrat dan ikan. Amfibia dan reptilia mula wujud pada zaman karboniferus. |
caenozoic | senozoik | Biologi | Ekologi | Era geologi yang mencakupi zaman eosen, oligosen, miosen, dan pleosen. Pada jangka waktu ini terdapat pertambahan mamalia, dan burung serta pengurangan reptilia. |
adolescent | remaja | Perubatan | Tiada | Anak yang umurnya mencakupi peringkat baligh, iaitu apabila munculnya ciri-ciri seks sekunder seperti datang haid, dan tumbuhnya misai sehinggalah sempurnanya pertumbuhan fizikal. Lazimnya tempoh peringkat remaja bagi lelaki ialah 14�25 tahun, dan bagi perempuan pula 12�21 tahun. |
arenavirus | arenavirus | Perubatan | Tiada | Segolongan virus RNA yang mencakupi virus koriomeningitis dan virus Lassa, dan menyebabkan penyakit seperti meningitis dan demam. |
child | kanak-kanak | Perubatan | Tiada | Anak yang umurnya mencakupi umur selepas peringkat bayi sehingga baligh. |
orthodontics | ortodontik | Perubatan | Tiada | Subbidang ilmu pergigian yang mencakupi perkembagan dan pembentukan gigi serta pencegahan penyakit gigi. |
cognitive objective | objektif kognitif | Pendidikan | Tiada | Objektif pendidikan yang mencakupi aspek kognisi. |
radio meteorology | meteorologi radio | Sains | Hidrometeorologi | Cabang meterologi yang mencakupi kajian tentang perambatan tenaga radio melalui atmosfera, dan kegunaan alat-alat radio dan radar dalam meteorologi. |
pregnancy | kehamilan | Perubatan | Tiada | Keadaan mengandung anak, yang biasanya mencakupi tempoh 40 minggu pada manusia. |
soil mechanics | mekanik tanah | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Bidang yang mencakupi pelbagai aspek kajian kejuruteraan terhadap tanah sebagai bahan binaan. Di antaranya ialah enapan, kekuatan, keupayaan galas, pengukuhan, ricih, tekanan tanah dan sebagainya. |