Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.can.tas] | منچنتس

Definisi : 1. memangkas atau memancung (hujung dahan, kepala, dll); 2. ki memotong atau mengurangkan sesuatu (spt perbelanjaan) yg tidak perlu atau berlebihan: perbelanjaan yg tidak perlu terpaksa dicantas kerana kurangnya pendapatan yg dijangkakan pd tahun depan; 3. ki mengeluarkan atau meng­gugurkan sesuatu drpd senarai tertentu: namanya dicantas drpd senarai pemain bola sekolah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.can.tas] | منچنتس

Definisi : memancung se­suatu dgn benda tajam dgn sekali ayun; memangkas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencantas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
frond pruningmencantas pelepahPertanianTiadaTiada
pollardingpangkas penggalLandskapTiadaKaedah mencantas dahan dan ranting pokok pada bahagian pangkalnya bertujuan membentuk pokok dalam bentuk tertentu atau memulihkan semula pokok yang sudah tua.
toppingpangkas pucukLandskapTiadaKaedah mencantas dan memotong bahagian atas dan hujung batang utama pokok untuk mengawal ketinggian.
heading backpangkas mulihLandskapTiadaTeknik mencantas pokok renek tua untuk menggalakkan pertumbuhan semula pokok tersebut. Pokok renek ini perlu dicantas sehingga hampir ke pangkalnya.
topiary pruningpangkas topiariLandskapTiadaKerja mencantas ranting dan dahan pokok untuk mendapatkan bentuk yang dingini .
ClippingPengguntinganPertanianAgronomi

Perihal memangkas atau mencantas daun dan ranting pokok renek dengan menggunakan gunting, bertujuan membentuk atau mengelakkan pokok menjadi terlalu tinggi. Pengguntingan biasanya diamalkan untuk memelihara pokok pagar dan pokok hiasan supaya sentiasa kelihatan kemas dan menarik. 

pruningpemangkasanPertanianAgronomi

Aktiviti mengerat atau mencantas pucuk atau dahan untuk menggalakkan pengeluaran pucuk baru.  Aktiviti ini juga bertujuan untuk membuang dahan berpenyakit, reput dan tidak berfungsi.  Selain, itu pemangkasan juga dilakukan untuk menghasilkan rupa bentuk tanaman.  Contohnya, pemangkasan  pokok buah-buahan untuk menggalakkan pengeluaran pucuk baru, dan pemangkasan pokok koko supaya pokok tersebut mengeluarkan dahan pada aras 1.5 m bagi memudahkan pengeluaran dan pemungutan hasil.

formative and regular pruningpemangkasan bentuk dan teraturLandskapTiadaProses mencantas pokok secara berjadual untuk membentuk sudurnya.
topiarytopiariLandskapTiadaSeni mengubah bentuk pokok daripada bentuk asal kepada bentuk-bentuk tertentu yang lain. Ini boleh dilakukan dengan membuat acuan dawai pelbagai bentuk dan mencantas rapi tumbuhan yang tumbuh agar mengi kut acuan berkenaan. Contohnya, pokok teh Cina (Acalypha siamensis) yang dibentuk seperti bentuk haiwan.
Salami attackserangan SalamiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSerangan ke atas data integriti dalam komputer melibatkan pengubahan nilai mutlak data dengan menyalahgunakan kelemahan dalam sistem penomboran yang dikenali sebagai ralat pembundaran. Sekiranya suatu nombor yang mempunyai titik perpuluhan yang banyak diringkaskan menjadi nombor bertitik perpuluhan yang banyak diringkaskan menjadi bertitik perpuluhan kecil seperti 31.51163 ditukar menjadi 31.51, proses pembundaran akan mencantas nilai digit kecil pada titik perpuluhan yang tidak digunakan seperti 0.00163 dicantas. Sekiranya percantasan nilai ini tidak diambil kira oleh sistem, maka ralat pembundaran akan berlaku. Serangan ke atas data yang menggunakan teknik Salami akan mengumpul semua nilai digit kecil yang tercantas tadi ke dalam satu ruang simpanan tersembunyi. Apabila proses pengumpulan ini dilakukan berulang kali, maka jumlah nilai yang tersimpan dalam ruang simpanan akan meningkat dengan banyak. Teknik Salami sering digunakan dalam serangan ke atas sistem kewangan, perakaunan atau perbankan. Proses meng

Kembali ke atas