business strategy | strategi perniagaan | Pengurusan | Perancangan | Pendekatan yang diambil oleh pihak atasan organisasi untuk mencapai sesuatu matlamat perniagaan pada masa akan datang. Lazimnya, strategi ini ditentukan untuk mencapai matlamat jangka panjang dan melibatkan keseluruhan aspek organisasi. Tujuan strategi perniagaan adalah untuk menentukan hala tuju organisasi, mengukuhkan kedudukan kewangan organisasi dan memperbaik kedudukannya dalam industri dari segi persaingan. Strategi perniagaan menggariskan rancangan kerja setiap fungsi jabatan dalam organisasi bagi mencapai visi yang ditetapkan mengikut pendekatan perniagaan yang bersesuaian. |
jackknifing | terikat gugur | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Teknik yang menguji dan menilai variasi data melalui pengiraan berulangan ke atas set data dengan menggugurkan set data yang tidak mencapai nilai ambang tertentu. Data yang mencapai nilai ambang tertentu seterusnya dinilai dan diuji semula sehingga mencapai satu nilai yang jitu. Teknik ini banyak digunakan dalam menghasilkan pepohon filogenetik. |
macroeconomic policy | dasar makroekonomi | Ekonomi | Tiada | Dasar ekonomi yang mempengaruhi agregat ekonomi yang bertujuan antara lain untuk mencapai guna tenaga penuh, menentukan tingkat harga umum yang stabil, mencapai tingkat pertumbuhan ekonomi yang memuaskan dan menstabilkan nilai mata wang negara. Pelaksanaan dasar makroekonomi melibatkan kegiatan pihak berkuasa seperti perbendaharaan atau bank pusat, memilih alat atau pemboleh ubah yang sesuai, dan menentukan tingkat pemboleh ubah yang berpatutan supaya boleh mempengaruhi pemboleh ubah sasaran mencapai tingkat yang bersesuaian dengan matlamat ekonomi yang dikehendaki. |
nursing case management | pengurusan kes kejururawatan | Perubatan | Tiada | Pengurusan kejururawatan yang bertujuan untuk mencapai penjagaan berkualiti, keberkesanan kos dan mencapai matlamat organisasi. Ia melibatkan kerjasama antara jururawat dengan semua ahli kesihatan yang lain. |
nursing case management | pengurusan kes kejururawatan | Kejururawatan | Tiada | Pengurusan kejururawatan yang bertujuan untuk mencapai penjagaan berkualiti, keberkesanan kos dan mencapai matlamat organisasi. Ia melibatkan kerjasama antara jururawat dengan semua ahli kesihatan yang lain. |
duststorm | ribut debu | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Keadaan cuaca buruk yang dicirikan oleh angin kuat serta berdebu dan meliputi kawasan yang luas. Ribut debu datang dengan tiba-tiba dalam bentuk tembok debu yang mara ke hadapan, panjangnya mencapai beberapa kilometer, tingginya mencapai beberapa ribu meter, dan ketampakan mendatarnya kurang daripada 1000 meter. Udara di hadapan ribut debu sangat panas, berangin silir, dan mungkin terdapat beberapa pusar debu yang terpisah atau tercantum dengan jisim utama. |
goal orientation | orientasi matlamat | Pengurusan | Perancangan | Pendekatan pengurusan sesebuah organisasi yang berusaha untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Pendekatan berorientasikan matlamat menumpukan kecekapan penggunaan sumber ke arah mencapai hasil yang disasarkan. Pengukuran keberkesanan pendekatan berorientasikan matlamat adalah setakat mana hasil atau objektif organisasi berjaya dicapai mengikut tempoh yang ditetapkan. |
business process | proses perniagaan | Teknologi Maklumat | Perisian | Koleksi tugas yang saling berkaitan untuk mencapai sesuatu matlamat. Proses perniagaan boleh dibahagikan kepada beberapa subproses dengan atributnya sendiri dan bertanggungjawab bagi mencapai kesemua matlamat proses perniagaan itu sendiri. Analisis proses perniagaan ini selalunya melibatkan pemetaan setiap proses dan subproses kepada peringkat aktiviti. Hasil daripada proses perniagaan yang direka bentuk dengan sempurna akan menjadikan proses itu lebih efektif dan meningkatkan keberkesanannya. Proses perniagaan ini boleh dimodelkan melalui beberapa kaedah dan teknik seperti teknik pemodelan proses perniagaan yang menggambarkan keseluruhan aliran kerja proses tersebut. Lihat juga logik perniagaan. |
industrial economies | negara ekonomi industri | Ekonomi | Tiada | Negara atau daerah yang perkembangan teknologinya, pengetahuan dan sumbangan sektor industrinya telah mencapai tahap ekonomi yang maju dengan mencapai pendapatan per kapita yang biasanya lebih tinggi. |
competence | kebolehcekapan | Pengurusan | Perancangan | Kemampuan seseorang untuk melaksanakan tugas atau kerja dengan secekap mungkin untuk mencapai tujuan yang diharapkan. Tahap kebolehcekapan dicapai dengan menggembleng pengetahuan, kemahiran dan komitmen tenaga kerja untuk mencapai tahap produktiviti yang berdaya saing. Penilaian kebolehcekapan digunakan dalam pengurusan sumber manusia adalah untuk memilih calon yang berkelayakan bagi mengisi sesuatu jawatan atau kenaikan pangkat. |