brute force attack | serangan hentam kromo | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perbuatan mendapatkan maklumat rahsia seperti kata laluan atau kekunci penyulitan. Contohnya, untuk mendapatkan kata laluan, penyerang akan mencuba setiap aksara alfanumerik. Manakala, untuk mendapatkan kekunci penyulitan penyerang akan mencuba setiap kemungkinan kombinasi bit. Serangan ini lambat-laun pasti mendatangkan kejayaan kerana penyerang telah mencuba semua kemungkinan, tetapi akan mengambil masa yang lama. Serangan ini memerlukan perkakasan khusus yang berkuasa tinggi untuk mempercepat dapatan maklumat. |
contention | pertelagahan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Keadaan yang wujud dalam menggunakan perkongsian masa saluran pemultipleks, apabila lebih daripada satu unit mencuba untuk membuat hantaran pada masa yang sama.,2. Keadaan yang timbul apabila dua isyarat utusan mencuba untuk menggunakan sumber fizikal yang sama. |
judicial criticism | kritikan kehakiman | Kesusasteraan | Puisi | Kritikan sastera yang mencuba dengan teliti dan setepat-tepatnya menggunakan ukuran-ukuran umum dan kriteria yang objektif, menganalisis, mengelas, mendefinisi dan menilai karya seni. |
innovator | pengguna inovasi | Pentadbiran | Tiada | Kumpulan pertama pengguna yang berani mencuba sesuatu keluaran baharu. |
probing | penguaran | Biologi | Patologi | Penggunaan vektor berstilet, misalnya afid, untuk mencuba, atau mencari jalan masuk ke dalam perumah sebelum menularkan atau memperoleh virus. |
password attack | serangan kata laluan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Serangan penekaan kata laluan dengan cara yang sama seperti serangan hentam kromo. Pengguna hasad melancarkan serangan kata laluan ke atas antara muka log masuk suatu sistem komputer dengan mencuba beberapa kata laluan yang mungkin untuk suatu ID pengguna, atau mencuba beberapa kata laluan asal untuk semua ID pengguna. Serangan ini boleh dilakukan sama ada secara manual atau berbantukan perisian terautomasi. Serangan ini dikesan dengan memerhatikan bilangan kegagalan capaian yang tinggi dalam tempoh yang singkat. |
trial-and-error learning | pembelajaran cuba-ralat | Pendidikan | Tiada | Kaedah pembelajaran yang mencuba beberapa cara penyelesaian masalah hingga mendapat satu cara yang betul dan tepat. |
pilot implementation | pelaksanaan rintis | Teknologi Maklumat | Tiada | Pelaksanaan ujian yang digunakan untuk mencuba teori, kaedah, tugas atau pengendalian baharu. |
password guessing | teka kata laluan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perbuatan oleh pengguna yang mencuba rentetan aksara, sama ada secara rawak atau daripada kamus untuk meneka kata laluan kepada sistem komputer. |
advancement flap | flap kemaraan | Perubatan | Tiada | Flap untuk membasmi atau mengurangkan poker periodontium dan mencuba mendapatkan kembali atakmen gingiva ke akar yang telah terdedah akibat penyakit periodontium. |