Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cu.ri] | منچوري

Definisi : 1. mengambil kepunyaan orang tidak dgn kebenarannya, memaling: kadang-kadang dia ~ duit ayahnya dan sebab itulah dia selalu dipukul; 2. = mencuri-curi mem­buat sesuatu dgn tidak diketahui orang atau dgn diam-diam (sembunyi-sembunyi, rahsia): ketika saya ~ melihat mukanya, nampak ia tersenyum; dia telah ~ pergi bersama-sama kawannya; ~ hati memikat hati; ~ masa menggunakan masa bekerja utk hal lain; ~ pandang memandang dgn cepat-cepat lalu menoleh ke tempat lain; ~ pekerja mengambil atau menarik pekerja (yg sedang berkhidmat dgn) sesebuah syarikat dll tanpa kerelaan majikan­nya; ~ tulang mengelakkan pekerjaan dgn tipu helah (kalau tidak diawasi tidak bekerja); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cu.ri] | منچوري

Definisi : 1 mengambil hak orang dgn tidak setahu atau dgn tidak mendapat kebenaran orang yg empunya: Orang yg ~ ayamnya itu telah ditangkap polis. 2 = mencuri-curi membuat atau melakukan sesuatu secara sem­bunyi-sembunyi: Dia ~ melihat gadis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencuri

Puisi
 

Baru kembang bunga seroja,
     Sudah ada orang mencuri;
Besar-besar istana raja,
     Kecil-kecil pondok sendiri.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Pantas seperti tangan beruk (= monyet).

Bermaksud :

Kecepatan tangan seseorang yang merampas atau mencuri barang orang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
plagiarismciplakKesusasteraanTiadaKegiatan mencuri karya ciptaan orang lain yang pernah tersiar atau diterbitkan, sudah dilupakan pembaca, lalu diakui sebagai karya ciptaannya.
plagiarismciplakSejarahTiadaKegiatan mencuri karya ciptaan orang lain yang pernah tersiar atau diterbitkan, sudah dilupakan pembaca, lalu diakui sebagai karya ciptaannya.
plagiaristpenciplakKesusasteraanTiadaOrang yang mencuri karya ciptaan orang lain yang pernah tersiar atau diterbitkan dan dilupakan lalu diakui sebagai karya ciptaannya.
kleptomaniakleptomaniaPerubatanTiadaDesakan atau impuls yang kuat untuk mencuri.
kleptokleptoPerubatanTiadaAwalan yang menunjukkan atau berkaitan dengan mencuri.
social loafingkemalasan sosialPsikologiPsikologi UmumKecenderungan individu untuk mencuri tulang atau kurang serius dalam pekerjaan apabila ramai yang terlibat melakukan perkara yang sama. Contohnya, individu akan bekerja keras jika prestasi kerja bergantung pada usahanya sendiri tetapi jika pencapaian kerja tersebut bergantung pada kerja berpasukan, maka ada kemungkinan ramai pekerja akan mengurangkan usaha mereka. Walau bagaimanapun, keadaan ini mungkin kurang berlaku atau tidak berlaku dalam pasukan sukan kerana prestasi mereka dilihat dari segi sumbangan setiap individu.
broach cargoceroboh kargoPelayaranTiadaMemecah atau membuka kargo atau bilik stor dengan tujuan mencuri.
الحدhad/hududAgama IslamFiqhHukuman atau balasan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. ke atas kesalahan-kesalahan tertentu seperti zina, minum arak, mencuri dan lain-lain
computer crackerperekah komputerTeknologi MaklumatTiadaIstilah yang merujuk kepada individu yang masuk ke dalam sistem komputer tanpa kebenaran dan melakukan aktiviti jenayah siber seperti mencuri, mengubah atau memadamkan maklumat, merosakkan komputer dan sebagainya. Istilah ini diperkenalkan oleh kumpulan penggodam yang menganggap penggodam adalah mereka yang mematuhi undang-undang, manakala perekah komputer adalah mereka yang melanggar undang-undang. Banding penggodam komputer.
computer crackerperekah komputerTeknologi MaklumatTiadaIstilah yang merujuk kepada individu yang masuk ke dalam sistem komputer tanpa kebenaran dan melakukan aktiviti jenayah siber seperti mencuri, mengubah atau memadamkan maklumat, merosakkan komputer dan sebagainya. Istilah ini diperkenalkan oleh kumpulan penggodam yang menganggap penggodam adalah mereka yang mematuhi undang-undang, manakala perekah komputer adalah mereka yang melanggar undang-undang. Banding penggodam komputer.
12

Kembali ke atas