diluvium | diluvium | Geografi | Tiada | Istilah yang menghalkan mendapan-mendapan banjir. |
diluvium | diluvium | Geologi | Tiada | Istilah yang menghalkan mendapan-mendapan banjir. |
delta region | kawasan delta | Geografi | Tiada | Kawasan yang terletak di bahagian muara sungai yang dilitupi oleh mendapan-mendapan halus yang membentukkan sebuah delta. |
dripstone | batu titis | Geologi | Tiada | Istilah umum untuk mendapan kalsit atau mineral yang lain di gua yang terbentuk oleh air yang menitis, termasuk stalaktit dan stalagmit, dan juga biasanya termasuk mendapan-mendapan yang serupa yang terbentuk oleh air yang mengalir. |
blanket deposit | mendapan selimut , endapan selimut | Geologi | Tiada | 2. Mendapan selimut: Mendapan bijih yang berkeadaan rata, dan mempunyai ukuran panjang dan lebar yang lebih besar berbanding dengan ketebalannya. |
zinc blende | zink blend | Geologi | Tiada | Mineral isometri berwarna kuning, coklat, atau hitam yang biasanya mengandungi mangan, arsenik, kadmium, dan unsur-unsur lain, mempunyai kilau resin hingga adamantin, dan biasanya bersekutu dengan galena di dalam telerang dan mendapan-mendapan lain. |
abyssal deposit | mendapan abis | Sains Marin | Tiada | Mendapan di laut dalam yang berada pada kedalaman lebih daripada 2.7 km. Mendapan ini terdiri daripada kelodak organik, lumpur dan tanah merah dari kawasan yang paling dalam. |
continental deposit | mendapan benua | Pertanian | Tiada | Mendapan sedimen di atas tanah atau di dalam air yang tiada kaitan langsung dengan lautan; berlawanan dengan mendapan laut. |
abyssal deposit | mendapan abis | Geologi | Tiada | 1. Mendapan laut dalam yang tertumpuk di kedalaman lebih daripada 1500 fatom dan terdiri daripada ooz organik, lumpur, dan lempung merah dari kawasan terdalam. 2. Mendapan lautan pada kedalaman lebih daripada 4000 m di dasar laut. |
neritic deposit | mendapan neritik | Geografi | Tiada | Mendapan lautan pada kedalaman di antara tikas air surut rendah dan 100 fatom ataupun hingga pinggir pentas benua. |