landing distance | jarak pendaratan | Aeroangkasa | Tiada | Jarak yang diperlukan untuk mendarat, diambil kira dari mula pesawat udara hendak mendarat ketika berada 15 meter dari bumi dicampur dengan larian mendarat dan jarak lajakan untuk pesawat udara terbang kembali kerana tidak dapat meneruskan pendaratan. |
landing sector | sektor mendarat | Sukan | Tiada | Kawasan mendarat yang sah bagi semua acara balingan dan lontaran. |
landing pit | kawasan mendarat | Sukan | Tiada | Kawasan pasir yang digunakan untuk mendarat selepas membuat lompatan dalam acara lompat jauh dan lompat kijang. |
landing weight | berat mendarat | Aeroangkasa | Tiada | Berat pesawat udara termasuk bahan api simpanan ketika mendarat. |
maximum landing weight | berat mendarat maksimum | Aeroangkasa | Tiada | Berat maksimum yang dibenarkan untuk sesebuah pesawat udara mendarat. |
vertical takeoff and landing (VTOL) | berlepas dan mendarat tegak | Aeroangkasa | Tiada | Kaedah pesawat berlepas dan mendarat tanpa memerlukan luncuran, misalnya helikopter. |
vertical takeoff and landing (VTOL) | berlepas dan mendarat tegak | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Kaedah pesawat berlepas dan mendarat tanpa memerlukan luncuran, misalnya helikopter. |
landing speed | laju mendarat | Kejuruteraan | Tiada | Kelajuan udara minimum, sama ada dengan kuasa enjin atau tanpanya, yang dengannya pesawat udara biasanya mendarat. |
landing run | larian mendarat/jarak pendaratan | Aeroangkasa | Tiada | Jarak sebenar yang dilalui oleh pesawat udara apabila mula mencecah bumi sehingga pesawat itu berhenti ketika mendarat. |
landing lights | lampu mendarat | Aeroangkasa | Tiada | Lampu depan yang dipasang pada muncung dan sayap pesawat udara dan disuluhkan ke hadapan dan ke bawah untuk menerangi ketika mendarat. |