feedback learning | pembelajaran maklum balas | Pendidikan | Tiada | Konsep penting yang mendasari teori behaviorisme iaitu pembelajaran seseorang berlaku hasil daripada pengalaman dan tingkah laku mereka yang lalu. |
collective security | keselamatan bersama | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Konsep yang mendasari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang melarang penggunaan kekerasan, yang terkandung dalam Perkara 2(4) Piagam PBB. Berdasarkan konsep ini, negara yang melakukan serangan terhadap negara lain boleh dianggap telah melakukan serangan terhadap semua anggota masyarakat antarabangsa. Oleh itu, tindakan boleh diambil secara bersama menerusi Majlis Keselamatan PBB dengan mengadakan sekatan ekonomi dan komunikasi sebagai langkah permulaan sebelum tindakan ketenteraan dilakukan. Namun, penggunaan kuasa veto dalam Majlis Keselamatan boleh menimbulkan persoalan kesaksamaan dan keberkesanan. |
character�s spine | tunjang watak | Kesusasteraan | Tiada | Visi dan misi watak yang mendasari tema drama. Salah satu kaedah pengarah dan pelakon menginterpretasi peranan watak. |
science fiction | fiksyen sains | Kesusasteraan | Tiada | Fiksyen khayalan atau fantasi yang mengambil fakta sains, andaian atau hipotesis sebagai dasar cerita. Dalam fiksyen sains, prinsip asas sains yang mendasari alam semesta dipatuhi secara konsisten, walaupun sesetengah daripada fenomena sains yang dipaparkan masih belum ditemui atau belum wujud. Peraturan dan norma yang dipatuhi dalam dunia fantasi fiksyen sains adalah luas, dan tidak semestinya berpandukan pengalaman biasa. Namun, apa yang terjadi dalam penulisan fiksyen sains mestilah mengekalkan prinsip dasar sains. Contohnya, karya Robot karya Asimov dan A Space Odyssey oleh Arthur C, Clarke. Dalam sastera Melayu, contoh fiksyen sains ialah novel Dendam Siber oleh Ahmad Patria Abdullah. Lihat juga fiksyen, fiksyen antisains. |
oceanic crust | kerak lautan | Sains Marin | Tiada | Lapisan paling atas bahagian lautan plat tektonik yang terdiri daripada kerak lautan atas dan kerangka lautan yang lebih rendah. Jisim batuan igneus yang tebal terletak di bawah lantai lautan di antara jarak 6 km yang terdiri daripada beberapa lapisan. Lapisan paling atas tebalnya 500 m. Bahagian kerak bumi yang agak tipis mendasari lembangan lautan yang secara geologinya lebih muda berbanding dengan kerak benua dan terdiri daripada batuan basalt yang dilitupi oleh sedimen. |
structural criticism | kritikan struktural | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan sastera yang mengkaji struktur teks sebagai sistem bahasa dan bagaimana makna teks dibentuk tanpa merujuk maklumat di luar teks. Kritikan ini berasaskan aliran strukturalisme yang bersumberkan idea ahli lingusistik, iAitu Ferdinand de Saussure. Idea Ferdinand merumuskan bahawa bahasa ialah suatu struktur, dan unit-unitnya hanya boleh difahami melalui hubung kait di antaranya dan sistem yang mendasarinya. Prinsip umum strukturalisme ialah segala aktiviti kehidupan manusia termasuklah persepsi dan pemikiran adalah hasil bikinan dan bukan wujud secara semula jadi. Kritikan struktural menganalisis sistem yang mendasari semua penjanaan makna sosial dan fenomena budaya. Kaedah ini memanfaatkan mahu yang menentukan hubung kait ini untuk membina makna dengan mengambil kira pertentangan binari antara elemen sastera dengan budaya tersebut. |
separatist movement | gerakan pemisah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gerakan untuk memerdekakan sesuatu daerah atau wilayah dari sesebuah negara yang dilakukan secara tidak sah atau tidak mengikut perlembagaan. Gerakan ini menuntut supaya kemerdekaan diberi untuk membolehkan mereka memerintah sendiri. Gerakan ini dilakukan secara kekerasan dan kadangkala dalam bentuk keganasan yang melampau sehingga mengorbankan nyawa. Gerakan ini juga boleh bersifat ketenteraan atau sivil yang bergerak secara sulit atau bawah tanah atau di bawah parti politik. Semangat nasionalisme selalu mendasari gerakan ini di samping faktor lain seperti keagamaan, penentangan kepada diskriminasi dan dominasi serta bantuan dari kuasa luar. Contoh gerakan pemisah yang masih aktif ialah Gerakan Acheh Merdeka di Indonesia dan Gerakan Pembebasan Islam Moro di Filipina. |