inoculation | inokulasi | Biologi | Patologi | Proses mendekatkan patogen kepada, atau memasukkannya ke dalam perumah untuk memulakan penjangkitan. |
waqf prayer | wakif | Ekonomi | Ekonomi Islam | Individu yang mewakafkan hartanya dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Pewakaf mendapat pahala selagi harta itu menghasilkan manfaat dan kebajikan kerana wakaf merupakan salah satu bentuk sedekah. Amalan wakaf hukumnya sunat tetapi menjadi wajib apabila pewakaf melakukannya berdasarkan nazar tertentu. Kebanyakan ulama meletakkan lima syarat untuk seseorang itu sah menjadi pewakaf, iaitu berakal, baligh, merdeka, berkelayakan menguruskan harta dan tanpa paksaan untuk mewakaf. Sinonim pewakaf. |
binocular microscope | mikroskop binokular | Fizik | Optik | Mikroskop yang mengandungi dua okular supaya pemerhati dapat mendekatkan matanya pada okular tersebut serentak untuk melihat sesuatu objek. |
attractive force | daya tarikan | Fizik | Mekanik | Daya di antara molekul-molekul atau jasad-jasad yang cenderung untuk mendekatkan molekul atau jasad tersebut seperti daya elektrik di antara dua cas yang berlainan. |
empathic listening | pendengaran empatik | Psikologi | Psikologi Umum | Kemampuan untuk mendengar masalah orang lain dengan menimbulkan suasana yang boleh mendekatkan hubungan dan saling mempercayai. Contohnya, kaunselor mendengar masalah kliennya dengan menunjukkan tingkah laku yang menyakinkan sehingga wujud kepercayaan yang tidak meragukan antara mereka. |
false perspective | perspektif lancung | Landskap | Tiada | Gambaran pemandangan yang dirancang supaya kelihatan tidak seperti yang sebenarnya untuk menghasilkan kesan tertentu. Contohnya, seperti mendekatkan objek dan meluaskan ruang. |
benevolent endowment | wakaf | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad yang dibuat oleh seseorang untuk menahan hartanya supaya manfaat harta berkenaan boleh digunakan bagi tujuan kebajikan dengan hasrat untuk mendekatkan diri kepada Allah. Menahan harta di sini bermaksud, pemberi wakaf tidak boleh lagi memindah milik harta berkenaan kepada pihak lain melalui jual beli, hibah, pusaka dan sebagainya. HaI ini kerana akad wakaf telah menyebabkan harta berkenaan telah menjadi milik Allah untuk selama-lamanya. Namun begitu, pemberi wakaf berhak menentukan jenis manfaat dan penerima manfaat daripada harta wakaf itu. |
introduction (speech) | pengenalan (ucapan) | Komunikasi | Korporat | Bahagian ketiga dalam struktur ucapan rasmi selepas bahagian kata sapaan dan bahagian kata penghormatan. Pengenalan merupakan kata-kata yang diucapkan sebagai mukadimah atau bahagian awal kandungan utama ucapan oleh seorang pengucap. Kandungan pengenalan sesuatu ucapan biasanya mengandungi kata-kata yang bertujuan untuk mendekatkan diri pengucap dengan khalayak supaya kehadirannya dapat dihberi perhatian dan mengelakkan berlakunya jurang komunikasi, serta meningkatkan kesan interaksi kedua-dua pihak. Antara kandungan pengenalan termasuklah ucapan terima kasih kerana dijemput menghadiri acara dan kerana sambutan baik khalayak. Selain itu, pengucap juga melahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana dapat bersama-sama khalayak dan turut mengiktiraf kepentingan khalayak kepada acara tersebut. Pengucap juga biasanya turut memberikan pujian kepada suasana dan persekitaran acara. Penyusunan kandungan teks dalam bahagian ini perlu diberi perhatian dan dipantau oleh eksekutif perhubungan awam. |
zikir | zikir | Muzik | Tiada | Ucapan lisan atau ungkapan untuk mensyukuri nikmat Allah SWT yang dikurniakan kepada manusia. Zikir ialah amalan untuk mentaati dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Zikir boleh disebut dengan suara yang kuat atau suara yang lembut. Zikir dalam bahasa Arab bermaksud menyebut, menutur dan perbuatan baik. |
vertical farming | pertanian menegak | Pertanian | Agroteknologi | Satu konsep pertanian yang melibatkan tanaman makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan ditanam dalam bangunan bertingkat-tingkat seperti bangunan pencakar langit. Sistem tanaman tanpa tanah seperti hidroponik diamalkan dan faktor persekitaran seperti suhu, kelembapan dan panjang siang dikawal untuk memberikan suasana yang menggalakkan pertumbuhan tanaman. Pertanian seperti ini masih lagi di peringkat konsep sahaja dan dorongan mengamalkan sistem ini adalah untuk mendekatkan lokasi pengeluaran tanaman makanan berhampiran dengan kediaman penduduk bandar. Dijangka peratus penduduk yang tinggal di bandar akan meningkat kepada 80%. |