Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.de.ngar] | مندڠر

Definisi : 1. menangkap (bunyi, suara) dgn telinga: pd mulanya dia tidak ~ orang mengetuk pintu; 2. mendapat (khabar, berita, dll), mendapat tahu: setelah ia ~ khabar Raja Iskandar datang, maka Raja Kida Hindi pun menghimpunkan segala rakyat dan raja-raja; 3. memberikan perhatian kpd kata-kata dsb seseorang (utk mengikutnya, memper­timbangkannya, dsb), mempedulikan, me­ngikut (kata, suruhan, dll): kerana si isteri ~ hasutan orang, kedamaian rumah tangga tidak terdapat di rumahnya; ~, mengingat (menimbangkan) memutuskan Id (digunakan berkaitan dgn) proses membuat sesuatu ke­putusan (resolusi); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.de.ngar] | مندڠر

Definisi : 1 dpt menangkap atau menanggap bunyi (suara dll) dgn telinga: Saya ~ suara orang meminta tolong dr pondok itu. 2 mendapat berita (khabar dll): Saya baru ~ berita sedih dr kampung. 3 mengikut kata, suruhan, tegahan dll; mempedulikan: Dia tidak mahu ~ nasihat guru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendengar

Puisi
 

Pokok nyiur pokok pinang,
     Pokok dedap pohon pandan;
Bila mendengar adik bertunang,
     Abang di sini tak sedap badan.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Kerana mendengar bunyi.

Bermaksud :

Terpedaya kerana mendengar berita baik saja.

 

Lihat selanjutnya...(22)

25

Dogs that bark don't always bite

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
empathic listeningpendengaran empatikPsikologiPsikologi UmumKemampuan untuk mendengar masalah orang lain dengan menimbulkan suasana yang boleh mendekatkan hubungan dan saling mempercayai. Contohnya, kaunselor mendengar masalah kliennya dengan menunjukkan tingkah laku yang menyakinkan sehingga wujud kepercayaan yang tidak meragukan antara mereka.
hallucinationhalusinasiPsikologiPsikologi UmumPengalaman rekaan individu yang mengakui telah melihat, mendengar atau merasai sesuatu objek atau peristiwa yang tidak wujud secara nyata. Contohnya, individu mengakui telah mendengar suara-suara yang menyuruh melakukan sesuatu sedangkan orang lain di sekelilingnya tidak dapat mengesahkan hal tersebut. Halusinasi psikotik yang paling banyak dialami oleh individu ialah halusinasi pendengaran. Kadangkala, wujud suara arahan yang menyuruh individu mencederakan dirinya sendiri. Terdapat juga individu yang mengadu tentang serangga sedang merayap di bawah kulitnya. Selain itu, penghidap halusinasi juga boleh berasa seperti dibiuskan, disakiti atau disejukkan secara melampau.
commercial audiencekhalayak komersialKomunikasiKorporatSekumpulan khalayak yang secara fizikalnya menonton televisyen atau mendengar radio semasa siaran komersial. Kumpulan khalayak ini dilihat sebagai khalayak komersial kerana mereka mendengar atau menonton siaran iklan, sebelum, semasa, atau selepas rancangan disiarkan. Khalayak komersial biasanya terbentuk pada tahap maksimum semasa masa perdana di stesen penyiaran. Contohnya, antara pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam. Nilai masa ini dijual lebih mahal berbanding nilai masa lain seperti selepas pukul 10.00 malam. Khalayak komersial biasanya mempunyai kuasa beli dan kuasa buat keputusan yang tinggi. Mereka biasanya terdiri daripada golongan ibu bapa, penjaga, atau kelompok individu yang mempunyai nilai kuasa beli yang tinggi.
تدليس الاسقاطtadlīs isqāṭAgama IslamHadithPerawi yang meriwayatkan Ḥadīth yang tidak didengar daripada guru yang ditemui dengan menggunakan lafaz yang seolah-olah ia mendengar daripada guru itu atau daripada guru yang telah bertemu dengannya tetapi ia tidak mendengar Ḥadīth daripada guru tersebut secara langsung.
Appeal ChamberKamar RayuanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBahagian di dalam mahkamah atau tribunal jenayah, dalam konteks undang-undang jenayah antarabangsa. Bahagian ini bertanggungjawab untuk mendengar rayuan bagi kes yang telah diputuskan oleh Kamar Perbicaraan. Contohnya, dalam sistem Mahkamah Jenayah Antarabangsa, Kamar Rayuan mendengar rayuan bagi kes yang telah diputuskan oleh Kamar Perbicaraan mahkamah yang sama. Rayuan boleh dibuat oleh pihak pendakwa atau pihak yang disabitkan dan dijatuhi hukuman. Rayuan boleh dibuat sama ada terhadap keputusan membebaskan atau mensabitkan tertuduh atau terhadap hukuman.
listeningmendengarLinguistikTiadaTiada
السماعmendengarAgama IslamHadithCara penerimaan Ḥadīth yang paling tinggi darjatnya melalui pembacaan murid kepada guru secara langsung.
listening habitkebiasaan mendengarKomunikasiTiadaTiada
listening assignmenttugasan mendengarPendidikanTiadaTiada
listening areakawasan mendengarPentadbiranTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas