Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.der.ma.kan] | مندرماکن

Definisi : memberikan sesuatu dgn ikhlas: dia telah ~ sebahagian drpd gajinya utk anak-anak yatim; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.der.ma.kan] | مندرماکن

Definisi : memberikan sesuatu dgn ikhlas: Dia telah ~ kain bajunya kpd mangsa-mangsa banjir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendermakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
oxidizing agentagen pengoksidaanKimiaTiadaAgen yang mendermakan oksigen kepada unsur atau sebatian; atau menyingkirkan hidrogen atau menerima ekeltron daripada unsur atau sebatian lain, sewaktu tindak balas kimia. Misalnya, oksigen, halogen, dan larutan kalium permanganat. Lihat juga pengoksidaan.
alkylating agentagen alkilBiologiGenetikSebatian yang dapat mendermakan kumpulan alkilnya kepada kumpulan bes di dalam DNA dan menyebabkan pemasangan bes yang tidak tepat.
donorpendermaKimiaTiadaAtom, ion, atau molekul yang mendermakan pasangan elektronnya untuk membentuk ikatan koordinat. Misalnya, ammonia menderma pasangan elektronnya kepada ion hidrogen untuk membentuk radikal ammonium: NH3 + H+ ® NH4+. Bdg. penerima.
Bronsted sitetapak BronstedKejuruteraanKejuruteraan KimiaTapak mangkin asid yang bersifat mendermakan proton kepada hidrokarbon tak tepu.
reducing agentagen penurunGeologiTiadaSebatian yang menyingkirkan oksigen, menambahkan hidrogen, atau mendermakan elektron sewaktu tindak balas kimia.
electron donating tendencykecenderungan pendermaan elektronKimiaTiadaKecenderungan sesuatu atom atau kumpulan atom untuk mendermakan pasangan bebas elektron dalam pembentukan ikatan kovalen datif.
radical scavengerpengaut radikalHerbaFitokimiaSebarang sebatian yang bertindak untuk memusnahkan radikal bebas dengan cara mendermakan elektron untuk menukar radikal bebas kepada spesies bercas negatif atau anion, atau mengabstrak elektron tunggal pada radikal untuk menjadikannya spesies bercas positif atau kation. Anion selanjutnya akan membentuk molekul neutral dengan cara pemprotonan. Bagi kation pula, kehilangan proton akan menghasilkan alkena, manakala penggabungan dengan anion akan menghasilkan terbitan seperti alkohol atau alkoksida. Kebanyakan pengaut radikal yang terdapat dalam tumbuhan adalah seperti vitamin C, vitamin E dan ß-karotena.
antioxidantbahan antioksidaHerbaFitokimiaBahan yang melindungi tisu daripada kerosakan dengan melenyapkan radikal bebas. Bahan ini mendermakan elektron kepada radikal bebas dan menjadikan radikal bebas tersebut tidak aktif.
‘aqd tabarru‘akad tabarukPerniagaan IslamTiadaAkad yang dilakukan antara dua pihak secara ihsan dan tanpa mengharapkan balasan. Contohnya, akad hibah, iaitu pemilik barang mendermakan barang miliknya kepada individu untuk kebajikan atau pemilik meminjamkan barang kepada peminjam tanpa mengharapkan sebarang balasan
basebesPerubatanTiada1. Bahan yang bergabung dengan asid untuk menghasilkan garam. 2. Juzuk utama sesuatu campuran. Apabila tercerai, juzuk ini mengeluarkan ion hidroksil di dalam larutan akua. Molekul atau ionnya dapat bergabung dengan proton (ion hidrogen) dan berupaya untuk mendermakan sepasang elektron kepada asid untuk membentuk koordinat ikatan kovalen.
12

Kembali ke atas