representative government | kerajaan perwakilan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kerajaan yang dibentuk melalui wakil rakyat yang memenangi pilihan raya dan mendominasi dewan perwakilan. Kerajaan ini bertindak memelihara kepentingan orang ramai dan menyuarakannya dalam persidangan dewan. Kerajaan berperwakilan bertanggungjawab sepenuhnya kepada dewan perundangan atau dewan perwakilan. Kerajaan ini perlu peka kepada kehendak orang ramai kerana ia boleh dijatuhkan melalui undi tidak percaya wakil-wakil rakyat. Contohnya, kerajaan dalam demokrasi berparlimen Malaysia. |
parliamentary system | sistem berparlimen | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pemerintahan demokrasi yang berasaskan kepada kerajaan parlimen Westminster, Britain. Sistem ini memisahkan ketua negara dengan ketua kerajaan. Ketua negara dalam sistem ini merupakan seorang raja atau presiden (bukan eksekutif), manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Perdana Menteri dilantik dari parti atau kumpulan yang mendominasi parlimen dan berkuasa selagi mendapat sokongan majoriti. Kerajaan dan kabinet ini dibentuk oleh parti yang menang dalam pilihan raya dan ketua mereka akan menjadi ketua kerajaan. Parti yang tewas pula akan menjadi pembangkang. Sistem ini membahagikan parlimen kepada dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang. Antara negara yang mengamalkan sistem ini ialah Malaysia, Singapura, Jepun, Negara Thai dan New Zealand. |
morality play | susilawara | Komunikasi | Korporat | Sejenis drama pentas yang pelakon utamanya berperanan sebagai penyelamat. Drama ini mengisahkan tentang kehidupan manusia yang dilakonkan melalui watak yang bersifat baik dan jahat. Persembahan dialog bergantung sepenuhnya kepada skrip yang disampaikan secara beretika dengan nada suara dan gaya watak. Kebanyakan mesej dipengaruhi unsur ketuhanan dan kemuliaan, serta mengutamakan nilai kemanusiaan, keagamaan dan moral seperti hubungan baik sesama manusia. Persembahan yang sentiasa diakhiri dengan watak baik dan mulia akan memperoleh kemenangan dan kejayaan. Dari segi watak dan dialog, pelakon utama akan mendominasi keseluruhan cerita. Dari segi sejarahnya, susilawara dipersembahkan di dalam dewan tertutup dengan plot cerita melalui empat peringkat, iaitu kemurnian-berdosa-penyesalan-terselamat daripada bencana. Pada masa kini, susilawara berkembang dengan kemasukan unsur jenaka dan dipersembahkan secara terbuka. |