Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nem.bu.si] | منمبوسي

Definisi : 1. menusuk (menikam dll) sampai tembus, menebuk, melubangi: keris ini dapat ~ badan orang; 2. masuk terus (melalui se-suatu), melantas: beberapa butir peluru telah ~ kepala dan dadanya; 3. mere­sap terus ke sebelah yg lain, melantas, merem­bes: matahari membulat ~ kabus tebal di puncak Titi-wangsa; 4. ki meresap masuk (ke dlm hati dll); 5. dapat melantas (per­tahan­an dll), menobros, mendobrak: konvoi dikirim utk ~ kepungan Jerman terhadap kepulauan Inggeris; industri perabot di negara ini dapat diusahakan secara bersepadu utk ~ pasaran eksport secara besar-besaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nem.bu.si] | منمبوسي

Definisi : 1 masuk terus ke sebelah; menusuk sampai tembus: Besi paku sebesar ini tidak dpt ~ papan yg begitu tebal. 2 meresap terus ke sebelah; melantasi: Ada jenis cahaya yg dpt ~ benda-benda keras, spt batu. 3 (dpt) melantasi pertahanan, pasaran dll: Teh jenis itu dpt ~ pasaran antarabangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tembus (kata kerja)
1. Bersinonim dengan berlubang: tembuk, tebuk, bocor, bobos, bolos, lolos, toblos, tobros, bosor, pesuk,

2. Bersinonim dengan masuk terus ke: lantas ke, terus sampai ke,

3. Bersinonim dengan meresap: telap, serap, jerap, kejap,

Kata Terbitan : menembusi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
barrier penetrationpenembusan sawarFizikAtom dan NuklearLaluan zarah menembusi sawar keupayaan. Contohnya, laluan zarah alfa menembusi dinding nukleus. Penembusan ini merupakan fenomena mekanik kuantum yang tidak dapat diterangkan oleh teori fizik klasik.
tonofibrilaetonofibrilBiologiHistologi dan Sitologi1 Bebenang sitoplasma yang menembusi cuaran sel turus asas epitelium kulit, mungkin menembusi beberapa sel, yang berfungsi sebagai struktur sokong dan dipercayai menjadi jalur bebenang sitoplasma yang berkeadaan tegang. 2 Epiteliofibril.
neutron flux densityketumpatan fluks neutronKejuruteraanTiadaHasil bahagi bilangan neutron yang menembusi suatu sfera kecil dengan luas keratan rentas dan sela masa ia menembusi sfera tersebut.
face nailpaku mukaKejuruteraanKejuruteraan BangunanPaku yang dipacu dari satu permukaan yang bersalut yang menembusi permukaan kayu yang lain tetapi tidak menembusi belakang kayu yang kedua.
critical frequencyfrekuensi gentingMeteorologiMeteorologi PerhubunganFrekuensi minimum gelombang radio yang menembusi suatu lapisan ionosfera apabila diarahkan tegak lurus ke atas. Dengan demikian, semua gelombang radio dengan frekuensi yang lebih besar daripada frekuensi genting suatu lapisan (misalnya lapisan E) akan menembusi lapisan tersebut.
penetratingmenusuk; menembusiPerubatanTiadaTiada
penetratingmenusuk; menembusiKejuruteraanTiadaTiada
penetrationpenetrasi/penusukanPerubatanTiadaProses menembusi sesuatu.
translucencepelutcahayaanPerubatanTiadaPerihal kebolehan cahaya menembusi tanpa memberi penglihatan jelas objek-objek disebaliknya.
ectostromaektostromaBiologiMikologiStroma kulat yang menembusi tisu korteks perumah dan kemudian menghasilkan konidium. epistroma.
12345678910...

Kembali ke atas