[me.nem.puh] | منمڤوه
Definisi : 1. mara melanggar (musuh dll), menyerang, menyerbu (ke): maka ia pun ~ ke dlm rakyat Pasai yg spt laut itu; 2. melanggar (angin, ombak, dll), melanda, memukul: sebentar kain penutup jendelanya berkibar-kibar perlahan-lahan ditempuh angin; 3. menimpa (kemalangan dll): maka ia pun ditempuh kemalangan; 4. melalui (jalan dll), mengikut (jalan dll): inilah kali yg ketiga aku ~ jalan ini; 5. melalui, melintasi: ketika ~ di hadapan Kuala Singapura itu, Wan Derus telah berkata sesuatu kpd Dah Jali; 6. berjalan masuk (lalu dll) di tempat yg sulit-sulit, mengharung (lautan dll), meredah (belukar dll): selang antara beberapa lamanya ~ hutan rimba yg besar dgn takdir Allah Subhanahuwataala sampailah kpd suatu padang; 7. sengaja menghadapi bahaya dll, menanggung kerugian dll, menyongsong (angin, ribut): dlm masa ~ gelora, ketika kapal itu sedang dijulang dan dihempas gelombang, beliau sentiasalah sibuk; 8. = menempuhi mengalami (kesukaran dll), menderita (kesulitan dll): mereka telah ~ berbagai-bagai kesulitan; ~ hidup; 9. mendatangi sesuatu tempat (rumah dll), masuk ke, memasuki: kita sekalian semaksud, secita-cita ~ negeri orang hendak mencarikan perut yg tidak berisi; 10. = menempuhi memasuki (peperiksaan, ujian, dll), mengikuti, menyertai (kursus dll): Malaysia baru sahaja ~ ujian jasmani dlm pesta sukan Asia Tenggara; 11. sudah menamatkan (pelajaran, persekolahan, dll), mengikuti (kursus dll); 12. memasuki dan melalui atau mengalami (penghidupan baru, pekerjaan baru, dll): mulai hari itu mereka berdua ~ penghidupan baru; 13. melakukan sesuatu yg sukar atau sulit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.nem.puh] | منمڤوه
Definisi : 1 maju menyerang musuh dll; menyerbu; melanggar: Mereka bersiap-siap utk ~ barisan pertahanan musuh. 2 berjalan masuk ke hutan rimba dll dgn susah payah; meredah (hutan); mengharung (lautan): Dr situ, rombongan itu belayar ke selatan ~ lautan yg bergelora. 3 menanggung kesusahan; menderita kesulitan: Dlm perjalanan itu, mereka telah ~ berbagai-bagai kesulitan. 4 turut serta; mengikuti (kursus dll); menjalani peperiksaan, ujian dsb; menyertai: Tiap-tiap tahun, beribu-ribu orang murid akan ~ peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)