Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.mui]/[me.ne.mu.i] | منموءي

Definisi : mendapati, menjumpai: di seluruh halamanku, tidak kutemukan sekuntum mawar pun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.mui]/[me.ne.mu.i] | منموءي

Definisi : 1. bertemu dgn, berjumpa dgn: orang-orang yg saya temui semua peramah; 2. pergi bertemu dgn, mengunjungi, men­ziarahi, melawat: aku pergi ~ seorang guru pelatih; 3. = menemukan berjumpa dgn apa yg dicari dll, mendapat, mendapati: polis kemudiannya telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut; 4. = menemukan mengalami (kesulitan dll), menderita, merasai: perasaannya masih ter­lalu polos dan kurang mengerti akan ke­mung­kinan halangan-halangan yg ditemui orang lain; 5. mengetahui bahawa ada (apa yg tersembunyi dll), mengetahui ada, mendapati: kalau dibandingkan Tuhfat-al-Nafis dgn syair Acheh, kita dapat ~ kesamaan tertentu, misalnya mengenai peristiwa kematian Raja Haji; 6. bertemu menjadi satu (bersentuhan dll), menghubungi; 7. ark memenuhi (undangan dll), menepati: ia tidak pernah ~ janjinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.mui]/[me.ne.mu.i] | منموءي

Definisi : 1 (dpt) bertemu dgn; (dpt) berjumpa atau bersua dgn: Dia masih belum juga ~ orang yg dicari-carinya. 2 pergi berjumpa dgn; menziarahi; melawati: Dia pulang ke kampung ~ kaum keluarganya. ~ ajal meninggal dunia; mati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
temu
Kata Terbitan : bertemu, menemui, menemukan, mempertemukan, pertemuan, penemuan, penemu,

Puisi
 

Air pasang surut ke hulu,
     Menemui baung mati terlentang;
Sudah dibawa buah mengkudu,
     Si baju gadung kuikut pulang.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
heuristicheuristikKesusasteraanTiadaTeknik dalam karya sastera untuk mendapatkan maklumat. Tujuan asas kesusasteraan agung adalah untuk heuristik, iaitu kesusasteraan dicipta untuk membolehkan pembaca menemui makna hidup. Heuristik juga merujuk kepada peristiwa dalam sesebuah karya sastera yang menolong seseorang watak menemui kebenaran. Heuristik berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �penemuan�.
content curationkurasi kandunganTeknologi Maklumate-PembelajaranProses mencari, menemui, mengumpul, mempersembahkan dan mengongsi bahan pembelajaran digital yang berkaitan subjek atau topik tertentu.
الجعالةjanji berupahAgama IslamFiqhJanji memberi upah kepada sesiapa yang dapat menemui sesuatu barang yang hilang.
angle of incidencesudut tujuFizikTiadaSudut antara normal permukaan dengan garis yang menemui permukaan tersebut.
angle of incidencesudut tujuGeografiTiadaSudut antara normal permukaan dengan garis yang menemui permukaan tersebut.
angle of incidencesudut tujuKejuruteraanTiadaSudut antara normal permukaan dengan garis yang menemui permukaan tersebut.
angle of incidencesudut tujuMatematikTiadaSudut antara normal permukaan dengan garis yang menemui permukaan tersebut.
angle of incidencesudut tujuGeologiTiadaSudut antara normal permukaan dengan garis yang menemui permukaan tersebut.
angle of incidencesudut tujuGeografiTiadaSudut antara normal permukaan dengan garis yang menemui permukaan tersebut.
angle of incidencesudut tujuKimiaTiadaSudut antara normal permukaan dengan garis yang menemui permukaan tersebut.
123

Kembali ke atas