Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.ra.jui]/[me.ne.ra.ju.i] | منراجوءي

Definisi : memegang teraju pimpinan, me- memimpin, mengetuai, mengendalikan: usia yg semuda itu dirasakan belum cukup utk ~ sebuah organisasi yg besar dan penting; empat orang yg telah ~ pimpinan pentad­biran Malaysia selama ini adalah orang-orang yg ~ pimpinan Barisan Nasional; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.ra.jui]/[me.ne.ra.ju.i] | منراجوءي

Definisi : 1 memegang teraju sbg pemimpin; mengetuai: Beliau dilantik utk ~ bahagian yg baru dibentuk itu. 2 mendahului yg lain dlm pembangunan, sesuatu rekaan dsb: Syarikat tempatan ~ penciptaan mesin utk memudahkan hasil tanaman itu di­tuai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teraju (kata nama)
Bersinonim dengan kuasa tertinggi, pucuk pimpinan, kemudi;,
Kata Terbitan : menerajui,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
NielsenNielsenKomunikasiKorporatNama individu yang menerajui aktiviti penyelidikan khalayak media dan pemasaran. Nama sebenar beliau ialah Arthur Nielsen yang berasal dari Amerika Syarikat. Dalam bidang media, beliau berjaya mengukuhkan sistem pengesanan khalayak media, terutamanya media elektronik yang menjadi panduan utama kepada pengiklan untuk meletakkan kedudukan iklan di ruang siaran. Apabila sistem televisyen digital diperkenalkan, Nielsen telah mengekodkan program televisyen dengan kod pendengaran yang tidak dapat dikesan oleh telinga manusia. Beliau telah menggunakan kaedah meter Active/Passive (A/P) untuk mengenal pasti program televisyen dengan kod audio yang jelas dan nyata.
bureaucratic leaderpemimpin birokrasiPentadbiranPentadbiran Awam

Individu atau kumpulan individu yang bertanggungjawab menerajui sesebuah organisasi. Pemimpin birokrasi wujud dalam pelbagai peringkat berdasarkan hierarki sah dalam struktur organisasi. Ini bermakna semakin tinggi kedudukan seseorang pemimpin dalam organisasi, maka semakin besarlah kuasa dan tanggungjawab yang ada padanya dan begitulah sebaliknya. Pemimpin birokrasi berperanan dalam membuat perancangan, menyusun organisasi, menetapkan keputusan, membuat pengawalan, penilaian dan pemantauan, meningkatkan kualiti, menguruskan pengambilan pekerja serta bertanggungjawab ke atas risiko kerugian dan sebagainya.

account plannerperancang pengiklananKomunikasiKorporatIndividu yang bertanggungjawab men -cipta, melaksanakan, dan menyusun strategi sesuatu kerja kreatif. Individu ini memainkan peranan penting dalam menerajui kerja penciptaan dari peringkat idea, pembangunan idea, serta perancangan dan penterjemahan idea ke dalam bentuk audiovisual. Individu ini berpengaruh dalam industri pengiklanan kerana kepekaannya terhadap mutu, keperluan pasaran, khalayak, dan persaingan. Tahap kebolehan dan kewibawaan perancang akaun ini boleh menentukan peringkat kecekapan pengurusan akaun sesebuah agensi pengiklanan. Sinonim perancang akaun.
National Center for Supercomputing Applications(NCSA)Pusat Kebangsaan untuk Aplikasi Superpengkomputan (NCSA)Teknologi MaklumatTiadaPusat penyelidikan saintifik untuk mencipta, menggunakan dan memindahkan teknologi-teknologi maklumat dan alat komunikasi serta alat pengkomputan termaju. Terletak di University of Illinois, Urbana, Illinois, ia merupakan tempat lahirnya pengimbas Web yang pertama Mosaic, yang mempunyai antara muka pengguna bergrafik. Penciptanya, Marc Andreessen, kemudian telah menerajui pembangunan pengimbas Netscape.

Kembali ke atas