Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.rang] | منرڠ

Definisi : menjadi terang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menerang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
media functionfungsi mediaKomunikasiTiadaPeranan yang dimainkan oleh media tertentu untuk memaklum, menerang, menghibur dan memujuk masyarakat atau orang perseorangan.
kasahkasahPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Pterygota horsfieldii daripada famili Sterculiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung menerang dan kangsar. Gubal kayu kasah sukar dibezakan daripada teras kayunya dan biasanya berwarna kuning jeramu atau coklat muda. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata kerana mengandungi banyak tisu parenkima. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 575 hingga 640 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang agak keras dan berat. Kayu kasah mudah diproses dan dikemas siap, tetapi tidak tahan dan mudah diserang kulat dan serangg. Kayu ini digunakan untuk kerja binaan sementara, kotak pembungkus, alas angkut, papan lapis,dan venir.
comparative administrationpentadbiran perbandinganPentadbiranPentadbiran Awam

Satu pendekatan antara dan dalam kerajaan di seluruh dunia, iaitu antara negara dengan menggunakan cara perbandingan untuk menerang dan memberi penilaian tentang sistem pentadbiran dan birokrasi. Dengan kata lain, pentadbiran perbandingan ialah kajian perbandingan yang dibuat tentang pentadbiran di suatu negara dengan negara yang lain. Tujuan kajian perbandingan ini adalah untuk memberi pengenalan kepada perbandingan secara analisis sistem pentadbiran di seluruh dunia. Dengan adanya perbandingan ini akan memberi peluang kepada para pentadbir untuk memilih dan menggunakan sistem pentadbiran yang terbaik dan sesuai.


Kembali ke atas