Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.rap.kan] | منرڤکن

Definisi : mempraktikkan, mengenakan pd, menyerapkan (memasukkan) ke dlm: gerakan koperasi sepatutnya ~ nilai-nilai dan falsafah Islam sebagai satu cara hidup serta menghayatinya; utk ~ keenam-enam aspek ini ke dlm sistem pendidikan, kita memerlukan satu penggubalan dan pen­takrifan yg menyeluruh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.rap.kan] | منرڤکن

Definisi : 1 menyebabkan sesuatu diikat atau dipasang pd; mengenakan sesuatu pd. 2 ki memanfaatkan se­suatu teori (hasil penyelidikan dsb) utk sesuatu keperluan amali; mempraktikkan: ~ pengetahuan morfologi ke dlm penyusunan kamus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terap
Kata Terbitan : menerapkan, penerapan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
socializationsosialisasiSains PolitikPolitik PerbandinganProses menerapkan nilai sosial, budaya, politik dan sebagainya kepada individu dalam sesebuah masyarakat. Sosialisasi ini berlaku secara sedar atau tidak sedar yang berjalan secara berterusan sejak seseorang itu masih kecil. Proses ini juga mendedahkan individu kepada nilai budaya masyarakatnya dan seterusnya mengamalkan budaya tersebut seperti anggota lain. Proses ini biasanya dilakukan oleh ejen sosialis seperti keluarga, rakan sebaya, sekolah, media dan tempat kerja. Contohnya, seorang ayah yang aktif berpolitik akan mendedahkan anaknya kepada aktiviti politik yang disertainya. Sinonim pemasyarakatan.
correspondence managementpengurusan surat menyuratPerpustakaanTiadaTindakan menerapkan teknik pentadbiran arkib dalam urusan surat menyurat dengan pihak-pihak tertentu.
biotecturebiotekturKesenianSeni BinaSeni bina yang menerapkan elemen biologi pada reka bentuk bangunan. Elemen alam sekitar daripada tumbuh-tumbuhan dan tanah yang telah diproses seperti tanah liat, pasir, daun kering dan najis haiwan dijadikan sebagai bahan tambahan kepada bahan utama binaan. Contoh seni bina ini terdapat di Arcosanti, Arizona, Amerika Syarikat.
arc of retrogressionlengkok unduranMatematikTiadaArka yang menerapkan jalan yang dilalui oleh planet di langit mengikut gerakan undur.
arc of progressionlengkok maraanMatematikTiadaArka yang menerapkan jalan yang dilalui oleh planet di langit mengikut gerakan langsung.
political socializationpemasyarakatan politikSains PolitikPolitik PerbandinganProses menerapkan nilai dan budaya politik sesuatu masyarakat ke dalam diri individu secara sedar atau tidak yang berjalan berterusan sejak seseorang itu kecil. Proses ini menjadikan individu itu belajar dan mengetahui amalan dan budaya politik masyarakatnya dan seterusnya mengamalkannya seperti anggota lain. Anak-anak kecil sentiasa memerhati perlakuan orang tuanya dan kemudian meniru perlakuan tersebut. Apabila membesar mereka akan bercampur dengan rakan sebaya dan melihat anggota masyarakat lain serta menyerap lebih banyak elemen budaya politik lalu mengamalkannya. Ibu-bapa, sekolah, rakan sebaya, media, kerajaan dan parti politik merupakan agen sosialisasi politik yang sangat berkesan.
general strength traininglatihan kekuatan amSukanTiadaLatihan yang menerapkan pelbagai pergerakan untuk membentuk kekuatan secara menyeluruh.
boasting poempuisi degarKesusasteraanPuisiPuisi yang dibentuk dengan menerapkan bahasa dan unsur� unsur yang berlebih-lebihan untuk menyampaikan sesuatu pemikiran yang sebenarnya tidak sehebat penerapan bahasanya itu. Penampilan sedemikian bertujuan untuk menarik perhatian khalayak. Contohnya, Air didih menganak sungai
heroismkewiraan/heroismeKesusasteraanPuisiAliran dalam penciptaan puisi yang menerapkan unsu kewiraan. Heroisme seseorang tokoh sejarah atau legenda dilihat daripada segi keberanian. kepahlawanan dan juga kegagahannya. Contohnya, puisi ''Pasir Salak'' karya Firdaus Abdullah yang menceritakan tentang kewiraan Datuk Matiarajalela. Langkah pendekar langkah berisi langkah pahlawan tak kenal gentar rawana lnggeris hendak dicari hendak dipenggal hendak dikelar. Pendekar gagah pendekar berani Ngah Jabor serta Tuk Sagor gagah pendekar tak takut mati Walau selangkah berpantang undur. Maharajalela, Maharajalela jika memancung tiada bertanya kobarkan semangat biar menyala tuntutlah mali tuntutlah bela.
early majoritymajoriti awalPendidikanTiadaKelompok terbesar yang mengamalkan atau menerapkan inovasi lebih awal daripada anggota lain dalam suatu sistem sosial.
123

Kembali ke atas