menerima sepak mula | menerima sepak mula (Sepak Takraw) | Sukan | Tiada | Tiada |
underwriting department | jabatan penajajaminan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Jabatan yang membuat pertimbangan sama ada untuk menerima, menolak atau menerima dengan bersyarat sesuatu risiko. |
sharing of choice | perkongsian pilihan | Ekonomi | Ekonomi Islam | Persetujuan yang terbentuk apabila pihak yang terlibat mempunyai pilihan melakukan atau tidak melakukan perkongsian dan menerima atau menolak perkongsian. Contohnya, persetujuan berkongsi membeli barang, berkongsi menerima hadiah dan berkongsi menerima harta yang diwasiatkan. Sinonim syarikah ikhtiyar. |
entrepreneur-borrower | mudarib | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pengusaha yang menerima modal daripada pemilik modal dalam perkongsian mudarabah. Mudarib berhak menerima keuntungan daripada perkongsian mengikut kadar yang dipersetujui. Sekiranya berlaku kerugian, pengusaha tidak perlu menanggung kerugian modal tetapi tidak akan menerima sebarang pendapatan daripada usahanya. Kuasa pengurusan yang dimiliki oleh mudarib tertakluk kepada syarat yang ditentukan oleh pemilik modal (sohibul mal). |
receiving | menerima | Sukan | Tiada | Menerima bola dalam keadaan pemain sedang bergerak. |
taqabbul | menerima tanggungjawab | Perniagaan Islam | Tiada | Janji untuk melaksanakan kewajipan atau pekerjaan. Contohnya, kedai jahitan yang menerima tempahan daripada pelanggan perlu melaksanakan tugas itu mengikut akad yang telah dimeterai. Dalam perniagaan, taqabbul berlaku apabila pekerja beraku janji untuk menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya. |
acceptor | penerima | Kimia | Tiada | Atom, ion atau molekul yang menerima pasangan elektron untuk membentuk ikatan koordinat. Misalnya, ion hidrogen menerima pasangan elektron daripada ammonia untuk membentuk radikal ammonium. H+ + NH3 ® NH4+. Bdg. penderma. |
primary winding | belitan primer | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Belitan pada transfomer yang menerima tenaga daripada suatu isyarat atau menerima kuasa arus ulang-alik daripada suatu sumber. |
atrium | atrium | Perubatan | Tiada | Salah satu kebuk jantung yang di bahagian atas. Atrium kanan menerima darah daripada vena kava superior dan inferior, manakala atrium kiri menerima darah daripada vena pulmonari. Lihat juga aurikel. |
cavity preparation | penyediaan kaviti | Pergigian | Tiada | Peringkat membuat kaviti untuk menerima bahan restorasi. Pada peringkat ini, semua faktor seperti pembuangan karies, bentuk pegangan dan rintangan telah dibuat bagi membolehkan kaviti menerima dan mengekalkan bahan restorasi di dalamnya. Pada peringkat ini juga perlu dipastikan struktur enamel yang tinggal tersokong dan tidak nipis supaya tidak mudah fraktur. |