laggard | penggunaan kemudian | Pentadbiran | Tiada | Kumpulan terakhir pengguna yang menerima pakai keluaran baharu. |
late majority | majoriti lambat | Pentadbiran | Tiada | Kumpulan keempat pengguna yang menerima pakai keluaran baharu. |
ordinary business | perkara biasa | Pentadbiran | Tiada | Hal-hal biasa yang dikendalikan dalam mesyuarat agung tahunan syarikat seperti menerima pakai laporan dan akaun tahunan, pemilihan pengarah pengisytiharan dividen dan sebagainya. |
net police | polis jaringan | Teknologi Maklumat | Tiada | Istilah negatif untuk mereka yang seakan-akan memaksa pengguna Internet menerima pakai sesuatu piawai. Walau bagaimanapun, mereka sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan. Sinonim polis siber |
protocol | protokol | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Dokumen yang digunakan untuk penetapan sesuatu persetujuan antarabangsa dan biasanya bersifat perjanjian tambahan. Protokol boleh meminda perjanjian yang terdahulu atau tambahan kepada peruntukan tertentu perjanjian. Pihak yang terlibat dalam perjanjian terdahulu tidak diperlukan untuk menerima pakai sesuatu protokol. Contohnya, Protokol Kyoto dikeluarkan sebagai tambahan kepada rangka kerja Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Cuaca (UNFCCC). |
dramatic convension | konvensi dramatik | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah lakonan serta latar yang telah diterima pakai sebagai kelaziman dalam lakonan bagi meniru keadaan dunia nyata. Konvensi dramatik ini tampil dalam pelbagai bentuk. Antaranya pemadatan tempoh waktu yang sebenar, penciptaan topeng dan pelaku sebagai mewakili watak sebenar, dan penzahiran pemikiran seperti yang terdapat dalam monolog dramatik. Konvensi dramatik yang lain ialah penggantungan ketidakpercayaan, iaitu kesanggupan khalayak menerima peristiwa dalam sesebuah karya yang biasanya dianggap mustahil tetapi benar-benar berlaku. |
nouveau roman | nouveau roman | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan di Perancis pada dekad 40-an hingga 60-an yang mempertikaikan bentuk novel konvensional. Gerakan ini rata-ratanya bersifat realistik dan menekankan plot, perwatakan, naratif dan sebaliknya. Gerakan ini membawa kelainan dan perubahan yang bersifat inovatif dalam struktur novel yang diterima pakai pada masa kini, di samping mendobrak tanggapan dan andaian khalayak terhadap bentuk sebuah novel. Antara inovasi yang diperkenalkan termasuklah menekankan kelencongan bahasa untuk tujuan mengetengahkan kepentingan bahasa dalam novel, serta memperakukan dengan jelas sifat kecerekaan sesebuah naratif. Hal ini berbeza dengan konsep novel dewasa yang menerima bentuk novel sebagai rakaman kenyataan atau gambaran kenyataan yang tepat. Salah seorang penulis yang mencetuskan gerakan ini ialah Alain Robbe-Grillet dalam tulisannya For A New Novel yang menjelaskan bahawa tujuan novel baharu ini adalah untuk �meninggalkan bentuk lama novel�. Penulis lain yang turut menyumbang kepada gerakan ini ialah Michel Butor, Cla |