colonize | meneroka; menjajah | Undang-undang | Tiada | Tiada |
colonize | meneroka; menjajah | Sejarah | Tiada | Perbuatan mendiami atau menduduki sesebuah kawasan atau wilayah oleh kumpulan orang yang datang dari tempat atau negeri lain. |
to colonize | meneroka; menjajah | Sejarah | Tiada | Tiada |
caving | jelajah gua | Sukan | Tiada | Aktiviti mendaki dan meneroka gua. |
international strategy | strategi antarabangsa | Pengurusan | Perancangan | Strategi yang diguna pakai bagi meneroka pasaran perniagaan di negara asing. Strategi ini bertujuan untuk meluaskan rangkaian perniagaan sesebuah organisasi selain pasaran tempatan. Organisasi yang menggunakan pendekatan strategi ini dikenali sebagai perbadanan multinasional. Contoh strategi antarabangsa yang dilakukan adalah melalui eksport dan import, pembukaaan cawangan operasi luar negara dan menjalin usaha sama dengan organisasi luar negara. Lihat juga perbadanan multinasional. |
surrealism | surealisme | Kesenian | Tiada | Pergerakan seni di Paris dalam tahun 1920an, yang meneroka bahagian minda separa sedar sebagai sumber kreatif. |
probe | prob | Pergigian | Tiada | Sejenis alat tangan yang berhujung runcing untuk mengesan karies, meneroka permukaan restorasi dan furkasi serta menanda lokasi. Alat ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu pemegang, syank dan bilah. Prob terdiri daripada pelbagai jenis iaitu prob no.3, no.5, no.9 dan prob periodontal. Sinonim alat teroka. Lihat gambar. |
problem solving | penyelesaian masalah | Psikologi | Psikologi Umum | Usaha yang dilakukan oleh individu secara aktif dalam meneroka cara-cara untuk mendapatkan matlamat yang biasanya tidak mudah diperoleh. Penyelesaian masalah biasanya melibatkan tiga peringkat, iaitu persediaan, penghasilan dan penilaian. Dalam menyelesaikan masalah, individu biasanya akan mengenal pasti fakta, mengasingkan hal yang relevan daripada yang tidak relevan dan menetapkan matlamat akhir yang boleh menghasilkan beberapa jawapan sementara atau hipotesis. Dua langkah yang dikenal pasti untuk mencapai pembinaan hipotesis ialah algoritma dan heuristik. Akhir sekali, penilaian dibuat ke atas hipotesis yang dibina bagi menentukan sama ada memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam langkah pertama. Sekiranya satu atau lebih hipotesis menepati kriteria yang ditetapkan, maka masalah tersebut dapat diselesaikan. |
existential criticism | kritikan eksistensialisme | Kesusasteraan | Tiada | Kritikan kontemporari yang mengkaji sesebuah karya sastera dari segi bagaimana cara ia meneroka persoalan-persoalan kewujudan dan dari segi kesan kewujudan kepada pembaca. |
projective test | ujian projektif | Psikologi | Psikologi Umum | Ujian dengan imej kabur yang biasanya digunakan oleh pakar psikologi klinikal untuk meneroka perasaan, motif, konflik dan keinginan mendalam pada seseorang individu. Mereka mengandaikan bahawa individu yang bermasalah biasanya akan mempamerkan motif dan konflik tersembunyi terhadap imej tersebut. Contohnya, individu disuruh menjelaskan atau membuat cerita berdasarkan rangsangan yang kabur. Ujian yang biasanya digunakan untuk tujuan projektif ini ialah Ujian Tompok Dakwat Rorschach (ROR) dan Ujian Apersepsi Tematik (TAT). Walaupun popular, ujian projektif ini mempunyai tahap kesahan yang rendah untuk ujian personaliti. |