hypertext transfer protocol (HTTP) | protokol perpindahan hiperteks (HTTP) | Teknologi Maklumat | Perisian | Protokol komunikasi yang digunakan untuk mencapai dokumen hiperteks dalam persekitaran web. Pembangunan HTTP telah diselaraskan oleh Konsortium WWW dan pasukan bertugas Kejuruteraan Internet (IETF), yang menghasilkan RFC2616 bagi mentakrifkan protokol versi pertama, iaitu HTTP/1.1 pada tahun 1999. Protokol ini merupakan piawai minta/tindak balas antara pelayan dengan pelanggan. Pelanggan merupakan pengguna akhir, manakala pelayan ialah tapak web. Oleh itu, pelanggan akan membuat permintaan HTTP menggunakan pelayar web atau alat yang berkaitan, manakala pelayan akan menyimpan sumber seperti fail HTML dan imej. Apabila pelanggan HTTP memulakan permintaan, kebiasaannya protokol ini akan mewujudkan hubungan protokol kawal perpindahan (TCP) kepada port tertentu pada hos untuk meneruskan proses permintaan pelanggan. |
false start | mula palsu | Aeroangkasa | Tiada | 1. Keadaan kitaran enjin yang tidak meningkat untuk meneruskan penjanaan kuasa apabila dihidupkan enjin.,1. Olak: Vorteks dari hujung sayap pesawat udara yang tertinggal dalam atmosfera.,Enjin turbin gas yang terdiri daripada pemampat, kebuk pembakaran, turbin dan muncung. Sebahagian daripada tenaga yang dihasilkan dalam kebuk pembakaran digunakan untuk memacu pemampat dan selebihnya yang berada dalam bentuk gas dikembangkan di muncung untuk menghasilkan tujahan.,1. Keadaan kitaran enjin yang tidak meningkat untuk meneruskan penjanaan kuasa apabila dihidupkan enjin. |
pause | jeda | Kesenian | Tiada | 1. Persembahan yang memerlukan pemberhentian sementara sebelum meneruskan persembahan. |
onside | onsaid | Sukan | Tiada | 1. Onsaid: Keadaan apabila pemain berada dalam kedudukan yang membolehkannya meneruskan permainan. |
hydraulic conductivity | kekonduksian hidraulik | Hidrogeologi | Tiada | Unit yang menghuraikan secara kuantitatif kemampuan suatu bahan untuk meneruskan air tertekan. Jika medium itu isotropi dan airnya homogen, kekonduksian hidrauliknya ialah unit panjang per unit masa jika medium itu meneruskan, dalam unit masa, satu unit isi padu air yang berkelikatan kinematik yang ada melalui suatu keratan rentas unti luas, diukur tegak lurus pada arah pengaliran, berdasarkan suatu gradien hidraulik unit perubahan hulu terhadap unit panjang laluan aliran. (Dimensi: LT-1) Ruj.: Hantush 1964, Lohman drr. 1972 Sin.: koefisien lapangan ketelapan, koefisien kekonduksian hidraulik |
hydraulic conductivity | kekonduksian hidraulik | Geografi | Tiada | 1. Unit yang menghuraikan secara kuantitatif kemampuan sesuatu bahan untuk meneruskan air tertekan. |
volley with the hand | sangga tangan | Sukan | Tiada | 1. Memukul bola di udara dengan tangan selepas lantunan kerana kesalahan teknikal, pada sukan pingpong.,2. Meneruskan lemparan bola dengan tangan tanpa memegang atau menahan dahulu bola itu, pada sukan polo air. |
stay tune | terus bersama | Komunikasi | Tiada | 1. Hebahan yang dilakukan oleh pengacara atau juruhebah supaya pendengar atau penonton terus mengikuti siaran yang disiarkan. 2. Arahan penerbit kepada kakitangan siaran supaya meneruskan kerja-kerja masing-masing. |
effective hydraulic conductivity | kekonduksian hidraulik efektif | Hidrogeologi | Tiada | Kemampuan tanih atau batuan yang tak tepu untuk meneruskan air atau cecair lain. Ini ialah kadar pengaliran air melalui suatu medium berliang yang mengandungi lebih dari satu bendalir, dan harus ditentukan mengikut jenis dan kandungan bendalir dan tekanan yang sedia ada (USGS). Cecair ini harus bergerak melalui dan dalam badan yang mengelilingi titik sentuh butiran batuan, kerana ruang antara yang lebih besar sebahagiannya terisi udara atau gas lain dan bukan cecair. Oleh itu, untuk air, kekonduksian bertambah dengan kandungan lengas, dari sifar pada bahan yang benar-benar kering hingga paras maksimum sama dengan kekonduksian hidraulik tepu. (Dimensi: LT-1) Ruj.: Lohman drr. 1972 Sin.: kekonduksian rerambut, ketelapan efektif, ketelapan nisbi |
leakage coefficient | koefisien kebocoran | Hidrogeologi | Tiada | Ciri tetap lapisan penekan yang bocor yang merupakan suatu ukuran kemampuan lapisan itu untuk meneruskan bocoran tegak (Hantush). Koefisien ini dinyatakan sebagai kuantiti air yang mengalir merentasi satu unit luas perbatasan di antara akuifer utama dan lapisan penekannya yang bocor, jika selisih hulu yang merentasi lapisan penekan yang bocor itu satu. Koefisien ini adalah sama dengan ketelapan tegak bahan lapisan penekan dibahagi dengan ketebalan lapisan penekan. (Dimensi: T-1) Ruj.: Jacob, Hantush 1954 Sin.: bocoran |