epic film | filem epik | Komunikasi | Tiada | Filem hikayat yang mengagung-agungkan seseorang wira yang mempunyai sifat berani. Filem ini lazimnya dihasilkan dalam skala yang besar. |
biological nationalism | nasionalisme bangga bangsa | Sejarah | Tiada | Semangat kebangsaan yang mengagung-agungkan keturunan sesuatu bangsa yang dianggap lebih istimewa daripada bangsa lain seperti fahaman Nazi oleh Hitler. |
antipapalism | faham anti-Paus | Sejarah | Tiada | Fahaman menentang dasar yang mengagung-agungkan Paus atau pengaruh gereja yang berlaku pada zaman akhir kejatuhan feudalisme. |
hagiography | hagiografi | Kesusasteraan | Tiada | Karya sastera yang menonjolkan tokoh yang dianggap suci. Pada asalnya, hagiografi merujuk kepada karya sastera di Eropah yang dihasilkan untuk mengagung-agungkan kehidupan santo (saint) dan orang yang mati demi kesucian agama Kristian. Sastera hagiografi terdapat pada Zaman Pertengahan tetapi jarang terdapat pada zaman moden, melainkan dalam karya drama, Saint Joan (1923) oleh G.B. Shaw. Hagiografi juga digunakan untuk karya biografi tokoh-tokoh suci dalam agama lain. Contoh dalam tradisi persuratan Islam ialah Tadhkirat al-Awliya oleh Faridudin, �Attar dari parsi dan karya tentang Wali Songo di Alam Melayu. Dalam tradisi India, terdapat karya tentang Kabir, Meerabai dan Guru Nanak. Hagiografi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �penulisan suci�. |