Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngait.kan] | مڠاءيتکن

Definisi : 1. menjadikan berkait (bercangkuk, bersangkut), mencangkukkan, menghubung­kan: baginda ~ kelingking anakanda kedua-dua laki isteri; 2. = memperkaitkan menjadikan bersangkutan (berhubungan, ber­talian), memperhubungkan: perkara itu lebih menyayat hati apabila diperkaitkan dgn rencana penulis tersebut; kita selalunya memperkaitkannya dgn kebolehan utk mendapatkan ilmu pengetahuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngait.kan] | مڠاءيتکن

Definisi : menjadikan ada hubungannya; menghubungkan sesuatu perkara dgn perkara lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengaitkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
brand associationkeberkaitan jenamaKomunikasiKorporatKeadaan mengaitkan sesuatu jenama dengan sesuatu nilai yang terdapat dalam kehidupan pengguna. Proses mengaitkan barangan dengan nilai kehidupan pengguna ini dirancang secara strategik oleh perancangan pengiklanan untuk menguasai pasaran. Matlamat perancangan adalah untuk memastikan khalayak menerima barangan yang dipasarkan sebagai satu keperluan kehidupan. Sehubungan itu, perancang pengiklanan perlu mengaitkan barangan dengan sesuatu yang bermakna dalam kehidupan seperti gaya hidup, kasih sayang, hubungan antara manusia, dan hubungan manusia dengan alam. Contohnya, jenama A dikaitkan dengan keselesaan dan keunggulan. Jenama B dikaitkan dengan gaya hidup yang sihat, manakala jenama C dikaitkan dengan kehidupan yang aktif. Kesan daripada perancangan strategik ini boleh membantu pengguna untuk membuat perkaitan antara jenama dengan nilai kehidupan yang baik sehingga mewujudkan suatu ciri budaya yang positif.
impute knowledgemengaitkan pengetahuanUndang-undangTiadaTiada
indexationpengindeksanPentadbiranTiadaDasar mengaitkan pemboleh ubah ekonomi seperti gaji, cukai dan pencen dengan kenaikan dalam paras harga am.
dieteticsdietetikPerubatanTiadaSains yang mengaitkan diet atau makanan dengan kesihatan dan penyakit.
chemometricskemometriHerbaFitokimiaKaedah sains yang mengaitkan pengukuran yang dilakukan ke atas sistem atau proses kimia kepada keadaan sistem tersebut dengan menggunakan kaedah matematik atau statistik. Penyelidikan kemometri meliputi pelbagai kaedah berbeza yang boleh digunakan dalam bidang kimia. Dalam spektroskopi, kaedah kemometri sering digunakan dalam penentukuran. Penentukuran ini dicapai dengan menggunakan spektrum sebagai pemeri multivariat untuk meramal kepekatan sesuatu sebatian yang dikaji dengan menggunakan pendekatan statistik seperti regresi linear berganda, analisis komponen utama dan kuasa dua terkecil separa.
Arrhenius equationpersamaan ArrheniusGeologiTiadaPersamaan yang mengaitkan kadar tindak balas kimia dengan suhu.
dilution rationisbah pencairanKejuruteraanTiadaHubungan yang mengaitkan keaktifan tentu sebelum dan selepas pencairan.
critical equationpersamaan gentingKejuruteraanTiadaPersamaan yang mengaitkan parameter-parameter sesuatu himpunan yang semestinya dipenuhi supaya himpunan tersebut mencapai kegentingan.
image associationkait imejPendidikanTiadaKebolehan seseorang mengaitkan atau mengingati sesuatu benda, idea atau konsep yang disebut atau dilihat dengan idea atau konsep lain yang berkaitan.
Dupont formulaformula DupontPentadbiranTiadaFormula yang mengaitkan margin untung bersih dan pusing ganti jumlah aset firma untuk mendapatkan pulangan atas pelaburan.
123456789

Kembali ke atas