Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.ku] | مڠاکو

Definisi : 1. membenarkan sesuatu tuduhan, mengatakan benar (bersalah, keliru, dll): pencuri itu sudah ~; 2. = ~ dirinya mengata­kan diri (bodoh, kaya, pandai, dll), mendakwa bahawa dirinya (pandai, tidak bersalah dll); 3. menanggung, menyanggupi: siapa yg ~ biaya­nya? 4. menganggap (sbg), menerima sbg: ~ anak; ~ bapak; ~ hartanya; 5. mem­banggakan (memegahkan) diri: di mana-mana, ia ~ saja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.ku] | مڠاکو

Definisi : 1 membuat pernyataan atau pengesahan ttg diri sendiri: Dia tidak tahu menggunakan bahasa Melayu dgn betul tetapi ~ sbg ahli bahasa. 2 mengatakan “ya” ttg sesuatu tuduhan, kesalahan dsb: Dia enggan ~ bahawa dia telah membocorkan rahsia itu. 3 menganggap sbg: ~ bapa; ~ anak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengaku

Puisi
 

Angkat galah sandar galah,
     Mari disandar di pohon pinang;
Kalau alah mengaku kalah,
     Janganlah adik mengaku menang.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Aku alah engkaulah menang.

Bermaksud :

Tidak mahu mengaku kalah.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
plead guiltymengaku bersalahUndang-undangTiadaTiada
declare on oathmengaku dengan mengangkat sumpahUndang-undangTiadaTiada
subscription of on oathpenandatanganan sumpahUndang-undangTiadaMengaku dan bersetuju sumpah dengan cara menurunkan cap jari, tandatangan atau tanda lain.
repudiationsangkalanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSalah satu ancaman keselamatan yang menyebabkan pengguna komputer menafikan tindakan yang telah diambil atau telah mengaku melakukan sesuatu tindakan yang tidak dilakukan. Banding tanpa sangkalan.
excommunicationpengucilanSejarahTiadaPerihal tindakan yang memencilkan seseorang daripada menyertai gereja Kristian atau diberikan pengkebumian oleh gereja sekiranya dia mati kecuali setelah dia mengaku segala dosanya serta mendapat pengampunan.
mutual authenticationsaling pengesahanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerProses yang melibatkan kedua-dua pihak, iaitu pihak A dan pihak B membuktikan identiti masing-masing sesama sendiri. Pihak B dapat memastikan bahawa beliau berkomunikasi dengan pihak A dan bukannya pihak yang mengaku A dan sebaliknya.
dissociative identitykecelaruan identiti disosiatifPsikologiPsikologi UmumKecelaruan disosiatif yang menyebabkan individu memperlihatkan lebih daripada satu personaliti yang berbeza tetapi lengkap. Menurut DSM-IV Codes 300.14, pesakit yang mengalami kecelaruan ini akan mempunyai dua personaliti yang berbeza. Proses diagnosis memerlukan sekurang-kurangnya dua personaliti yang jelas mengawal pesakit secara rutin. Setiap personaliti mempunyai nama, ingatan, trait dan fizikalnya tersendiri. Pesakit ini biasanya akan mengaku mempunyai lebih daripada satu identiti. Kecelaruan identiti disosiatif juga dikenali sebagai kecelaruan personaliti pelbagai.

Kembali ke atas